Erm...tiba2 pula aku sakit...skrg dah makin teruk pula....malas dah aku mkn ubat....haritu abg bgtau emak dia dah tahap kritikal kanser...sukar nak rawat lagi...doktor menjangkakan hayatnya kurang setahun...apa2 pun aku harap abg tabah hadapi dugaan ni....bg aku itu hanya jangkaan doktor...kerana segalanya telah ditetapkan Allah yang esa....Allah menduga kerana dia tahu kita mampu menerima dan melalui dugaan tersebut. Apa pon kita kena terima segala Qadha dan Qadar Allah....perlu juga kita ingat...jika Allah beri kita nikmat itu juga satu ujian darinya kerana dia ingin melihat sejauh mana kita menggunakan nikmat yang diberi ke jalan yg diredhai...adakah kita bersyukur selama ini..dengan kesihatan yang kita perolehi...dengan rezeki yang kite perolehi.....erm macam2 lagi kan nikmat yang kita dpt tanpa kita sedar....insaf aku.... sedih pula mengenang dosa2 yang aku buat... sedih mengenang dosa boleh, tapi kalau sedih benda xder faedah buang jauh2 sedih tu..
demi masa sesungguhnya manusia kerugian..melainkan yang beriman dan beramal soleh...demi masa sesungguhnya manusia kerugian..melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran... gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal...masa usia kita jangan disiakan kerana ia takkan kembali...
INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA
SIHAT SEBELUM SAKIT
MUDA SEBELUM TUA
KAYA SEBELUM MISKIN
LAPANG SEBELUM SEMPIT
HIDUP SEBELUM MATI
DARINYA KITA DATANG....KEPADANYA JUGA KITA KEMBALI...WALLAHUA'LAM BISSAWAB...AL-FATIHAH KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH...
No comments:
Post a Comment