About Me

My photo
Happy go lucky person, very shy-shy gurl, very tong-tong gurl, have a million dreamz...and I hope my dreamz will be come true...

Sejuta Cinta

14 November 2008

PENGKID: NGO Pertikai Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan

Pengkid Malaysia: Gambar Hanya Sekadar Hiasan
Ampunnnn... OKFIND

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Polis memberi amaran tindakan tegas akan diambil kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau 'pengkid.'


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tindakan sebahagian NGO mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan dan dikhuatiri mendapat tindak balas daripada masyarakat Islam di negara ini.


''Saya memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kerana ia membabitkan keselamatan dan ketenteraman awam.


''Fatwa itu dikeluarkan adalah untuk kemaslahatan umat Islam sahaja, oleh itu tidak wajar orang bukan Islam memberikan pandangan mereka membantah fatwa itu dalam keadaan mereka tidak terbabit dalam perkara tersebut,'' katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada hari kedua seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah Ke-10 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak dekat sini hari ini.


Baru-baru ini, NGO bukan Islam, Katagender dan Food-not-Bombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah keputusan majlis itu mengharamkan perlakuan 'pengkid'.


Pada 23 Oktober lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai 'pengkid'.


Fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam di negara ini semakin membimbangkan.


Dalam perkembangan lain, Musa menjelaskan, tindakan NGO tertentu yang mendakwa wanita kaum Penan didera secara seks oleh pekerja kayu balak di daerah Baram di Miri bermotifkan politik.


''Pasukan khas yang ditubuhkan pihak polis untuk menyiasat perkara berkenaan mendapati tidak ada kes rogol yang berlaku seperti didakwa,'' katanya.


Oleh ROHANI IBRAHIM dan MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK

Utusan Malaysia Online



[ ... ]

13 November 2008

Penceraian Nash Dan Sosilawati Tidak Sah



Akhirnya, yang benar biasanya akan dizahirkan juga. Penyanyi rock lagenda, Nash akhirnya bersyukur dan gembira kerana mahkamah telah memutuskan perceraiannnya dengan isterinya tidak sah.

PETALING JAYA: Penceraian antara penyanyi rock Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 47 dan isterinya, Sosilawati Lawiya, 44 diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

“Penceraian kami tidak sah. Saya yakin dan percaya, Allah akan bagi kekuatan kalau kita benar dan betul. Alhamdulillah dan terima kasih kepada keluarga, kawan terdekat dan peminat yang sentiasa mendoakan saya,” kata Nash ketika dihubungi selepas memenangi kes tersebut.

Ditanya adakah keputusan mahkamah tersebut membuatkan hubungannya dan Sosilawati kembali pulih, Nash menjawab perkara itu jatuh pada nombor 10 dan beliau enggan mengulas lanjut tentangnya.

Dalam pada itu, Sosilawati yang mengaku kalah pula berkata dia berpuas hati dan menghormati keputusan mahkamah seadanya. Sosilawati akui saksi yang dikemukakan sebelum ini tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Namun, dalam masa yang sama, dia turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan Nash yang sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah sejak dia memfailkan permohonan cerai pada September tahun lalu.

“Jika dia masih sah suami saya, kenapa dia tak balik rumah sejak lebih setahun lalu hingga sekarang. Dia juga tidak menghubungi saya dan bertanyakan keadaan saya. Kalau dia nak balik, saya masih boleh terima dia kerana dia perlu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami,” beritahu Sosilawati ketika dihubungi tadi.

Justeru, Sosilawati tetap untuk memohon fasakh dan cerai taklik dalam masa seminggu ini di mahkamah yang sama. Kisah Nash-Sosilawati menjadi tajuk hangat apabila pada Ogos lalu, Nash yang juga bekas vokalis kumpulan Lefthanded ini mendakwa beliau tidak pernah melafazkan cerai terhadap isteri keduanya, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages itu. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Di Halaman Rindu, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, beliau sanggup bersumpah syarie kerana tidak pernah memberitahu mana-mana pihak mengenai lafaz cerai yang disebut terhadap isterinya.

Nash yang mengahwini Sosilawati pada 17 November 2006, bagaimanapun mengakui memang berlaku krisis rumah tangga antaranya dengan Sosilawati selepas kira-kira empat bulan mereka berkahwin. Perbicaraan diadakan di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohammad. Nash diwakili peguam syarie Amli Embong dan Ahmad Daud, manakala Datuk Mohd Zaidi Mohd Zaid mewakili Sosilawati.

Sumber MSTAR online



[ ... ]

12 November 2008

Keluarga Memey Tak Pernah Restu Kahwin Norman Hakim...


KOTA TINGGI - Keluarga Memey Suhaiza Abdul Rahman menegaskan, mereka tidak pernah merestui perkahwinan pelakon baru itu dengan Norman Hakim.


Ibunya, Norlela Abdul Rahman, 44, memberitahu Kosmo! Ahad, beliau benar-benar terkilan dan sedih dengan laporan sebuah akhbar semalam mengenai perkahwinan itu.


"Wartawan akhbar itu mengasak bapa Memey, dan bertanya jika Norman dan Memey bernikah adakah pak cik merestuinya.


"Jadi pak cik kata jika ada jodoh dia terima tetapi kami tidak kata kami merestui perhubungan itu," katanya ketika ditemui di Teluk Sengat di sini semalam.


Menurut akhbar tersebut, bapa Memey, Suhaimi Sarwani, 45, dilaporkan merestui perkahwinan tersebut asalkan Memey gembira dan bahagia bersama pasangannya.


Norlela yang enggan gambarnya diambil bimbang laporan tersebut akan menyebabkan orang ramai termasuk orang kampung di Felda Tenggaruh 1, Kota Tinggi membuat tanggapan negatif terhadap Memey dan keluarganya.


Pada 30 Oktober lalu, Memey, 20 bersama pelakon, Mohamed Norhakim Zaidon atau lebih dikenali Norman Hakim, 32, dicekup pihak berkuasa atas tuduhan berkhalwat di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana, Hulu Klang menyebabkan rumah tangga pelakon siri Gerak Khas itu kini bergolak.


Pada masa sama, kata Norlela, keluarganya menyerahkan kes tersebut kepada mahkamah untuk memutuskannya.


"Apabila diberitahu oleh Memey tentang kejadian itu, Auntie tidak memarahinya malah memberi sokongan agar tabah menghadapi cabaran hidup sebagai artis.


"Kami sekeluarga sudah cukup tertekan dengan liputan media setiap hari," katanya.



Sumber KOSMO
[ ... ]

Syarat Suami Paris Hilton


PARIS HILTON ingin berkahwin dengan lelaki yang menyerupai ayahnya. Pewaris hotel terkemuka ini amat rapat dengan ayahnya, Richard dan berharap untuk menghabiskan hidupnya dengan lelaki yang mempunyai perwatakan sama dengan ayahnya.


"Mereka (ibu bapa) mempunyai perkahwinan yang menakjubkan. Ayah saya seorang yang hebat. Dan saya berharap suami saya seperti ayah," kata Paris.


Paris, yang baru-baru ini sedang bercinta dengan penyanyi kumpulan Good Charlotte, Benji Madden, juga memberitahu bahawa dia sentiasa berhubung dengan ibunya, Kathy terutamanya apabila berada jauh dari rumah.


"Ibu saya seperti kawan rapat. Kami amat rapat dan bercakap di telefon sekurang-kurangnya 10 kali sehari. Saya masih gadis kecil kepada ibu."


Walaupun Paris, 27, dilihat amat rapat dengan Benji, dia bagaimanapun menegaskan tidak bergegas untuk berkahwin.


"Kami sudah bersama hampir sembilan bulan. Memang ada khabar angin bahawa kami sudah bertunang. Itu semua tidak benar.


"Kami amat gembira dan saya memang sukakan kanak-kanak. Cuma sekarang bukan masa yang sesuai. Saya amat sibuk tetapi memang mahu berkeluarga suatu hari nanti," katanya kepada program TV Amerika Syarikat, Extra.
[ ... ]

11 November 2008

Ibu Norman Hakim Suka Memey



Kuala Lumpur: Laporan pelakon baru Memey di pejabat agama mendakwa ibu Norman Hakim, Hajah Kamariah Kamat, amat menyukainya.

Laporan itu dilakukan pelakon muda itu keesokan harinya selepas dia dan Norman ditangkap atas tuduhan khalwat di pejabat Norman.

Memey tiba di Pejabat Agama Daerah Gombak pada kira-kira jam 2.30 petang dengan ditemani abang Norman, Mohamad Sophee Zaidon, manakala Norman ditemani pembantunya Natalia Mohamad, tiba tepat jam 4 petang.

Memey dalam keterangannya antara lain memberitahu dia mengenali Norman lebih setahun dan mendakwa ibu Norman amat menyukainya.

Manakala Norman pula menjelaskan sebelum penguatkuasa JAIS menyerbu pejabatnya dia baru sahaja selesai mengadakan perbincangan dengan seorang rakannya bersama Memey dan Natalia.

Selepas menghantar rakannya, Norman berkata dia balik semula ke pejabat, tetapi mendakwa tinggal di aras dua, manakala memey aras satu.

Sebelum ini laporan akhbar mendedahkan Memey dipercayai tinggal di aras dua pejabat Norman sejak lapan bulan yang lalu.

Pelakon itu dikatakan sering berada di pejabat Norman dan bagi mengelak dirinya dikenali, sesekali Memey memakai tudung labuh.
Sumber itu juga mendakwa, Memey akan mengusung bantal serta tilam ke tingkat bawah setiap malam dan dibawa naik semula ke tingkat atas pada waktu pagi untuk mengelak dikesan sesiapa.

Sementara pada waktu cuti umum pula, pasangan ini dikatakan akan beredar lebih lewat daripada premis itu berbanding hari biasa.


Sumber Mingguan Warta Perdana





[ ... ]

10 November 2008

Kes Khalwat Norman Hakim: Tuala Lembab Jadi Bahan Bukti...



Kuala Lumpur:
Tilam toto, selimut dan tuala lembab dipercayai baru digunakan, antara bahan yang ditemui sepasukan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sewaktu membuat serbuan di pejabat pelakon Norman Hakim, 30 Oktober lalu.

Tiga bahan itu dikatakan ditemui di belakang sebuah kerusi di samping Memey di aras satu pejabat pelakon itu.

Semua peralatan yang ditemui itu akan dijadikan bahan bukti kes khalwat Norman Hakim dan Suhaiza Suhaimi dibicarakan di mahkamah.

Serbuan ke pejabat Norman, MDH di alamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada jam 2.30 pagi itu disertai lima Pegawai Penguatkuasa JAIS Daerah Gombak serta tiga anggota polis.

Bagaimanapun, jika pasangan itu berjaya menunjukkan sijil nikah maka tuduhan khalwat ke atas mereka ditukarkan kepada tuduhan bernikah tanpa izin di luar negara dan tetap dikenakan denda.

Norman dan Memey sebelum ini heboh dikatakan telah bernikah di luar negara. Bagaimanapun Norman menafikannya, malah mencabar kalangan yang menyebar berita itu supaya membuktikannya.

Sementara itu, seorang Pegawai Penguatkuasa JAIS Daerah Gombak yang menyertai serbuan ke pejabat Norman malam itu berkata, serbuan itu dilakukan atas maklumat seorang rakan baik bapa Norman sendiri.

"Rakan bapa pelakon itu telah menghubungi kami pada kira-kira jam 2 pagi, memaklumkan bahawa Norman telah memasuki pejabatnya dan disyaki pasangannya ada bersama," katanya.

Ketika pasukan penguatkuasa JAIS tiba, katanya, keadaan pejabat itu gelap dan mereka mendapati dua kereta dipercayai milik pasangan tersebut berada di hadapan pejabat.


"Setelah melihat kereta Proton Tiara dipercayai milik Norman Hakim dan Proton Pesona dipercayai milik Memey, kami mengesyaki pasangan itu berada dalam pejabat.

"Keyakinan kami semakin bertambah apabila lampu di sebalik tirai aras satu pejabat itu tiba-tiba di padamkan pada kira-kira jam 3 pagi," katanya.

Penguatkuasa itu berkata, mereka terus memasuki bangunan tersebut. Namun selepas setengah jam mengetuk jeriji pintu dan memberi salam meminta pelakon itu membuka pintu, pasangan itu masih berdiam diri.

Akhirnya pasukan penguatkuasa JAIS yang ditemani tiga anggota polis mengambil keputusan memecah kunci mangga jeriji pejabat itu, tetapi tidak sempat melakukannya kerana secara tiba-tiba abang Norman Hakim, Mohamad Sophee Zaidon, muncul membuka pintu berkenaan.

Difahamkan, Mohamad Sophee Zaidon menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Memey yang memaklumkan serbuan Pegawai Penguatkuasa JAIS ke pejabat Norman, pagi itu.

Sebaik memasuki aras satu pejabat Norman, anggota penguatkuasa JAIS mendapati Memey dalam keadaan terpinga-pinga. Memey ketika itu bertocang mengenakan baju serta berkot hitam katanya.

Ketika itulah penguatkuasa JAIS mendapati ada sebuah tilam toto belakang sebuah kerusi dan apabila tilam toto itu dibuka didapati ada kain selimut dan tuala lembab dalam keadaan berselerak dipercayai baru digunakan.

“Kami terus mencari Norman di aras satu tetapi beliau tidak ditemui sehinggalah kami menaiki tangga ke aras dua. Setelah puas mencari akhirnya kami menemui Norman menyorok di dalam sebuah bilik stor dan sebaik pintu stor dibuka Norman terus terjatuh,” katanya.

Menurut Pegawai Penguatkuasa itu Norman ketika itu hanya memakai kemeja T putih dan berseluar “BOXER” (seluar lelaki). Sewaktu disoal siasat, Norman dengan wajah terpinga-pinga menjelaskan dia tinggal di aras dua sedangkan Memey di aras satu, “Kami tinggal berasingan”.

Bagaimanapun selepas disoal siasat mendapati pasangan itu bukan suami isteri yang sah, kedua-duanya dibawa ke Balai Polis Taman Melawati kira-kira jam 3.30 pagi.


Laporan Dari: Zuraidah Abd Halim & Nurul Ida Abdullah
Mingguan Warta Perdana



[ ... ]

Blog Archive

 

©2009 Welcome To My Life | by TNB