Sejuta Cinta

26 July 2008

Lelaki curang...

Wakakakkaka matilahhhhh i pnya tajuk entry ni...mmg nak kena hamunnnn...erm gitewlah dunia ni...bnyk pancaroba...bukan nak salahkan lelaki 100% kan...coz dlm sejuta llki, ada juga lah llki yg setia gitew...err yer ker? prempuan pula setia ker?

Erm...perkataan curang ni menakutkan betul bg org2 yg dah kahwin & tunang...malah org2 yg sdg bercenta juga takut bagai... yalah kan dah kita syg kat dia...alih2 dia curang...mana taknya habis meroyan satu kampung kan...bila time bercenta mmg bnyk dugaan...yalah mana nak kena tahan godaan dan bisikan2 syaitan lg, bila berdua2an...ada saja dosa2 yg ingin di tambah...pegang tgn lah, koling2 tak hengat, kiss2 (ni ringan2 jer katanya...) haha ada lg?...bnyklah kan...takkan nak mention semua kat sini kan...

Nak dekat kawin...takkan nak buat simple2 jer...kawin sekali jer seumur hidup (err yer ker skali) mestilah nak vogue2 gitew kan...takkan nak duduk kat sofa jer time kawin kan...takkan nak pakai baju kurung jer...errr i pun nak tunjuk i lawa hokey, katanya...duit hantaran...jgn ckplah...setahun aku kumpul pun blm tentu aku dpt...so tepaksalah si llki itew buat loan...senang jer nak dpt loan skrg CIMB EXPRESS kan ada 24 hours approval hokey, kdg2 prempuan pun bg juga duit utk tlg2 katanya, i 5 ribu u 5 ribu ok tak? pasal dah syg sgt kan (kdg2 ker prempuan tlg?...mcm sll jer) ...time kawin kemain meriah lg kan...skali jer seumur hidup katanya... buat kat mana? hotel ker?...mestilah i pun nak grand2 you...(kehidupan selepas kawin itu yang penting...takkan nak membazir kan...fikir2kan lah yer)

Mula2 alam perkahwinan...mmg bahagia kan...itewlah sllnya kata2 yg kluar dr mulut mereka2 yg di awal2 perkahwinan...lebih kurang mcm nilah dialognyer..."erm mcm mana lepas dah kawin ni?"..."isk bestlah...rugi ko tak kawin..." haha begitulah kan mmg best (mula2). tak kurang juga yg ckp mcm ni "saya seronok layan suami" wakakakakaaka...so kesimpulannya mmg bestlah kawin ni kan...bila dgr kwn2 yg dah kawin cerita...terasa pula i nak kawin...err nikahlah...

Sebenarnya alam perkahwinan ni mmg indah kalau suami dan isteri saling respect each other dan tahu tanggungjawab masing2...adatlah kan...mesti ada kisah telenovela dalam setiap rmhtangga...suami curang, isteri curang...bagai sdh biasa kita dengar...knapa itu semua terjadi? mula2 jgn salahkan pasangan sendiri...tapi cek diri sendiri dulu knapa suami curang...dan fikirkan dgn tenang...maybe ko dah tak vogue mcm mula2 kawin dulu...so kenalah cantikkan diri anda...maybe ko masak kari masin sgt kot...so kena blajar masak...takpun rmh mcm tongkang pecah ko tak reti2 nak kemas...so kenalah jadi pembersih mulai saat ini...mcm2 lagi kan reason...yg suami pula...jgnlah terus2 curang kan (ngok ngek)...tegurlah dulu isteri tu baik2...jgn ko tegur macam gengster pula...but sebelum tegur isteri, suami kena cek juga diri sendiri...jgn tegur tapi tak serupa bikin kan... tlg2 lah juga isteri tu kemas rmh...yerlah kan mana dia jaga anak lg, nak masak lg...haiyakkkkk tak reti2 ker nak tolong...kalau btl2 syg tlg2 lah yer...barulah mesraaaa sll gitew...wow romantik taw kalau suami dan isteri bergotong royong membersihkan rmh sambil2 tu boleh juga romantik2 kan bagus gitew...

Untuk isteri2 dan suami2...buka mata...pasang telinga... ada bnyk tips untuk memperbaiki hubungan yang dingin...(credit to nur2u.com)...here we go:

1. Cuit-cuit

Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.

Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggemberikan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.

Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang, taksengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Nak masukkan gear

Ops, terpegang tangan. Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda
berdua sahaja berada di dalam kereta.

5. Ops tuala terlepas

Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda.

6. Ciuman di dahi

Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

7. Sembur wangian pada bilik.

Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

8. Tolong betulkan baju

Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

haha...bnyk lg tips sebenarnya...so rajin2kan tgn anda klik link nur2u yer...kepada semua pasangan suami isteri, baik yg baru berkahwin ataupun yang dah lama kawin...selamat mencuba tips2 ini...amaran keras kepada pasangan yang bercenta dan bertunang, dilarang sama sekali menggunakan tips diatas sebelum anda bernikah...Sebagai pengajaran buat isteri2 dan suami2...(sila klik sini).

oklah...itu jer yg sy dpt kongsikan untuk entry kali ini...sehingga bertemu di episode akan dtg...sekian makaseh...wakakakakakaaka

No comments:

Blog Archive

 

©2009 Welcome To My Life | by TNB