Sejuta Cinta

12 November 2008

Syarat Suami Paris Hilton


PARIS HILTON ingin berkahwin dengan lelaki yang menyerupai ayahnya. Pewaris hotel terkemuka ini amat rapat dengan ayahnya, Richard dan berharap untuk menghabiskan hidupnya dengan lelaki yang mempunyai perwatakan sama dengan ayahnya.


"Mereka (ibu bapa) mempunyai perkahwinan yang menakjubkan. Ayah saya seorang yang hebat. Dan saya berharap suami saya seperti ayah," kata Paris.


Paris, yang baru-baru ini sedang bercinta dengan penyanyi kumpulan Good Charlotte, Benji Madden, juga memberitahu bahawa dia sentiasa berhubung dengan ibunya, Kathy terutamanya apabila berada jauh dari rumah.


"Ibu saya seperti kawan rapat. Kami amat rapat dan bercakap di telefon sekurang-kurangnya 10 kali sehari. Saya masih gadis kecil kepada ibu."


Walaupun Paris, 27, dilihat amat rapat dengan Benji, dia bagaimanapun menegaskan tidak bergegas untuk berkahwin.


"Kami sudah bersama hampir sembilan bulan. Memang ada khabar angin bahawa kami sudah bertunang. Itu semua tidak benar.


"Kami amat gembira dan saya memang sukakan kanak-kanak. Cuma sekarang bukan masa yang sesuai. Saya amat sibuk tetapi memang mahu berkeluarga suatu hari nanti," katanya kepada program TV Amerika Syarikat, Extra.

No comments:

Blog Archive

 

©2009 Welcome To My Life | by TNB