About Me

My photo
Happy go lucky person, very shy-shy gurl, very tong-tong gurl, have a million dreamz...and I hope my dreamz will be come true...

Sejuta Cinta

Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

26 June 2009

King of Pop Michael Jackson dies



Jackson was pronounced dead at 2:26 p.m. PDT (5:26 p.m. EDT) after arriving at a Los Angeles hospital in full cardiac arrest, said Fred Corral of the Los Angeles County Coroner's office. The cause of death was not known and an autopsy would likely take place on Friday, he said.

Jackson was taken ill at home and his personal physician tried to resuscitate him but could not, his brother Jermaine told reporters. Jackson was taken by paramedics to the hospital, where doctors worked for more than an hour to try to revive him before pronouncing him dead, the brother said.

Jermaine Jackson cautioned at a hospital press conference Thursday that the cause of his death would not be known until an autopsy was performed.

He said Michael Jackson's personal doctor and paramedics tried to resuscitate him at his rented home in Holmby Hills. A team of doctors at UCLA Medical Center also tried for more than an hour.


Credit To OMG


[ ... ]

02 June 2009

Kes Tuntutan Cerai Akhil & Maiza






Kemuncak ketegangan rumahtangga pendakwah bebas dan penyanyi Akhil Hayy sampai ke penghujungnya hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh jam 10.25 pagi.

Kes menuntut 'kebenaran cerai' yang dikemukakan oleh isteri Akhil, Maizawati Zainal, 33 telah didengar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Mohd Ridhuan Yusof.

Maizawati diwakili dua peguam Azmi Rais dan Zulkifli Che Yong sementara Akhil pula tidak diwakili mana-mana peguam.

Perbicaraan di dalam kamar itu sepatutnya didengar pada jam 10 pagi tetapi tertangguh selama 25 minit kerana menantikan kemunculan Akhil yang akhirnya hadir bersama dua sahabat yang bertindak seperti 'pengawal peribadi'nya.

Hubungan kedua suami isteri ini kelihatan agak dingin apabila masing-masing tidak bertegur sapa dan bertanya khabar.

"Kehilangan' Akhil selama 3 bulan dari rumah mereka juga tidak menampakkan apa-apa reaksi.

Maizawati membuat tuntutan cerai setelah suaminya Akhil Hayy tidak pulang ke rumah selama 3 bulan


Namun, sebagai seorang ayah, Akhil sempat melempiaskan rasa rindunya kepada anak bongsu mereka, Muhd Shatiri Hidayatullah berusia 2 tahun.

Maizawati, yang hadir bersama lima orang anak mereka, kelihatan agak tenang.

Kes yang berjalan lancar terpaksa ditangguhkan hingga 11 pagi dan bersambung selepas itu.

Walaubagaimanapun, disebabkan ada dokumen yang tidak lengkap untuk membuat urusan tuntutan, maka kes tuntutan cerai ini ditangguh ke 15 Julai.

Akhil kelihatan agak serius dan tidak begitu mesra. Setelah dikejar oleh beberapa wartawan akhirnya beliau akur untuk menjawab soalan yang diajukan.

"Saya tak nak bagi komen. Saya akan selesaikan dengan cara paling makruf. Saya akan buat yang terbaik dan telah dinasihatkan jangan perbesarkan isu ini," kata Akhil.

Namun di sebalik riak tenang di wajahnya, hos program 'Cafe Akhil Hayy' itu sempat juga memberi komen sinis..."Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV."

Kemelut rumahtangga Akhil-Maizawati menjadi perbualan hangat dua minggu lepas apabila Maizawati setuju membuat pendedahan keretakan rumahtangganya di dalam program 'Nasi Lemak Kopi O' dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 baru-baru ini.

Dalam kedua-dua program itu, Maizawati mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda. Justru katanya, dia memberi kebenaran Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda kini apabila Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah. Maizawati berkata, dia hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media dan mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.

Apa pun, yang pasti pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Maiza telah menyebabkan kredibiliti suaminya sebagai pendakwah terjejas teruk.

Ini diakui sendiri oleh Akhil, apabila beliau dengan nada rendah diri berkata, "Kredibiliti dan imej saya sebagai pendakwah sudah terjejas," kata Akhil.

Ditanya samada beliau akan teruskan niat melepaskan Maizawati, Akhil berkata, "Saya akan cuba buat keputusan yang terbaik."

Maizawati telah membuat pendedahan tentang hubungan cinta suaminya, penyanyi Akhil Hayy dan Waheeda di stesen TV

Namun, pendirian Maizawati terhadap tuntutan cerainya jelas goyah.

Dia bagaikan bingung samada ingin meneruskan niatnya untuk membuat tuntutan cerai.

"Apa-apa pun tunggulah 15 Julai. Saya tak boleh cakap lagi. Ramai kawan-kawan yang nasihat jangan bercerai. Kata mereka kalau saya minta cerai, saya akan kelihatan seperti tewas..."

Bagaimana perasaan apabila ketemu semula suami selepas 3 bulan?

"No komen," kata Maizawati sambil tersenyum.

Beliau juga berkata dia tidak ada masalah untuk bersemuka dengan Akhil.

Harapan pada kes tuntutan cerai pada kes ini?

"Tak boleh bagi penjelasan lagi...," kata Maizawati.

Walaupun hakim memberi peringatan "Jangan sensasikan kes Akhil-Maizawati dan buat laporan untuk berita saja" - kenyataannya kisah rumahtangga personaliti seperti pendakwah terkenal Akhil Hayy dan dikaitkan pula dengan penyanyi Waheeda akan selalu menjadi berita panas yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka.


Credit To Mstar
SITI AZIRA ABD AZIZ

Nota Kaki: Kesian tgk anak2 jadi mangsa pergolakan rumahtangga... kalau iya pun nak kawen atau bermadu selesaikanlah baik2... ini tak keluar gambar dekat pantai segala, x balik rumah smpi 3 bulan... dah tu ada pula anak yg dah besar2, yg dah bole mengerti... mesti malu... kalau nak menumpang kasih tu buat lah cara menumpang... ini tidak bole pula buat stetmen ala2 suci... tolonglah... kau ingat org bole lupa ka...lastly, besar mana pun gelora rumahtangga tu... jadilah seorang lelaki yg bertanggungjawab...



[ ... ]

21 May 2009

Shelakak Punya Manusia

Suami mangsa, Jafri Tajol Aripin (kanan)
memeluk anaknya di Taman Pinji Seni, Ipoh, semalam.
~UTUSAN/HANAFI KHAMIS~


IPOH 20 Mei - Kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


Seorang penagih dadah yang terdesak mahu mendapatkan wang sanggup menikam mati seorang pengusaha salon bersama anak lelaki berusia lima tahun dan pembantu rumahnya dalam rompakan di sebuah rumah di Taman Pinji Seni, di sini hari ini.

Penjenayah kejam itu bagaimanapun tidak sempat melarikan sebuah komputer riba yang diambilnya dari rumah mangsa kerana berjaya ditangkap oleh orang ramai yang kebetulan melalui tempat kejadian dan menyedari rompakan tersebut.

Mayat mangsa, Mah Yah Matzi, 42, ditemui berlumuran darah di ruang tamu manakala mayat anaknya, Ermin Denish dan pembantu rumahnya dikenali sebagai Dani, 20-an, ditemui dalam bilik mandi pada pukul 2.45 petang oleh suami Mah Yah, Jafri Tajol Aripin, 47. Berita selanjutnya klik sini


Nota Kaki: Sakitnya hati aku bila tgk berita neh... syiallll punya penagih... (Maaf sy terlalu emosi)



[ ... ]

17 February 2009

Takziah Dato Siti Nurhaliza & Keluarganya...


Jelita rasa belom terlambat lagi jelita ucap takziah buat kluarga Dato Ct... semoga tabah menempuh hari2 mendatang... apa2 pong pasti ada hikmah yg kita x nmpk... harap2 Dato Ct dpt istiqamah pakai tudung full... jelita doakan... pastinya sekelian makhluk juga gumbira kalau kiranya Dato Ct memakai tudung dgn betul... bukan kerana kami2 yg ingin melihat perubahan itu tp kerana Allah dan sesungguhnya itu juga satu kewajipan setiap org islam agar menutup aurat... jelita rasa x payahlah jelita pastekan dalilnya... jelita rasa semua org tau kan... sekian...



Sama-Sama Kita Sedekahkan Al-Fatihah Buat Arwah, Semoga Rohnya Di Tempatkan Di Kalangan Orang2 Yang Beriman


[ ... ]

14 February 2009

Say No No No For VALENTINE

Haaa ini bukan diskriminasi atau taksub ya... hnya menyedarkan saudara2 seagamaku..aku x kisah kalau ada kwn2 seugamaku berckp2 blakang atau berym2 mengenai entry ini... bukan entry sekadar hiasan... tp jadikan entry ini sesuatu yg boleh di ingati... dan sama2 kita sebarkannya... jgn jadikan perkara yg paling merepek ini menjatuhkan maruah agama kita... sesungguhnya mindamu sdg dan sdh di jajah... Wallahua'lam...

A Kuwaiti parliamentary committee wants to ban Valentine’s Day celebrations, will meet the government on Wednesday to work out how to achieve its goal. Alangkah bestnya kalau Malaysia "NEGARA ISLAM" ini juga mengikut langkah Kuwait... fikir2kan...


Pandangan Islam terhadap perayaan Valentine Day telah jelas haram dan terkeluar dari syariat Islam.
Juga jelas haram dan membelakangkan syariat Islam mengenai aktiviti para remaja yang ikut-ikutan merayakan ‘valentine day’ dengan membabi buta, disertai aktiviti campur baur antara lawan, jenis, dan perbuatan maksiat lain.

Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (daripada hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Maidah: 49)


Berkasih-sayang’ versi Valentine ini, haruslah diketahui terlebih dahulu hukumnya, lalu diputuskan apakah akan dilaksanakan atau ditinggalkan. Dengan melihat dan memahami asal-usul serta fakta pelaksanaan Valentine Day,
sebenarnya perayaan ini tidak ada sangkut-pautnya sedikit pun dengan corak hidup seorang muslim. Tradisi tanpa dasar ini lahir dan berkembang dari segolongan manusia (kaum/bangsa) yang hidup dengan corak yang sangat jauh berbeza dengan corak hidup berdasarkan syariat Islam yang agung.

Jika kita fahami nas-nas syarak dengan lebih mendalam, akan kita dapati aturan yang tegas terhadap masalah ini, antara lain firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban.” (Al-Isra’: 36)’

Di sini amat jelas Valentine Day adalah budaya orang kafir, yang terang-terang kita dilarang untuk mengamalkannya. Dalam hal ini, kita dilarang menyerupai budaya yang lahir daripada peradaban kaum kafir, yang jelas bertentangan dengan akidah Islam, sementara yang boleh diambil daripada semua orang (termasuk kafir) adalah dalam masalah teknologi, budaya yang tidak lahir dari pandangan hidup mereka; seperti bahasa asing, menanam padi yang baik, membuat kapal terbang, komputer, kenderaan bermotor, kereta dan lain-lian lagi bahkan kita dituntut untuk mendalami ilmu-ilmu tersebut.

Hal ini diperkuatkan dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk daripada golongan mereka.” (Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad daripada Ibnu Umar)

“Tidak termasuk golonganku orang-orang yang menyerupai selain golongan umatku (umat Islam).” (Riwayat Tirmidzi daripada Amru bin Syu’aib).

Maka, sangat jelas kita tidak dibolehkan ‘tashabuh’, menyerupai, meniru-niru cara hidup orang kafir yang lahir dari pandangan hidupnya, sudah seharusnya kita tinggalkan semua budaya kufur tersebut jauh-jauh.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa melakukan amalan yang tiada didasari perintahku (Quran dan Sunnah), maka amal perbuatannya tertolak.” (Riwayat Ahmad)

Sesungguhnya, ikut merayakan hari ‘valentine’ adalah tindakan tercela, dan haram bagi kaum Muslimin untuk merayakannya.

Valentine sendiri akar kemunculannya daripada orang kafir, Barat, lebih-lebih lagi kemunculan tersebut berasal daripada budaya Yahudi

Maka sudah sepatutnya kaum muslimin wajar meninggalkan hal tersebut.


Sumber:
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia


[ ... ]

21 January 2009

Boikot DANONE

Semua biskut keluaran agak sedap kan.... aaaa kali ni kenalah kita boikot... kalau mkn juga seolah2 kita mkn darah saudara2 kita di Palestine.... (mkn darah tau bukan minum)



[ ... ]

17 January 2009

Wajib BOIKOT

[ ... ]

16 January 2009

Kepala Babi Di Surau Universiti Malaya



Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.

Difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.

Ketika itu, katanya, terdapat beberapa orang pelajar yang tidur di dalam surau berkenaan tetapi tidak menyedari kepala babi tersebut diletakkan di situ.

Sebaik sahaja ternampak kepala babi yang diletak di atas bendera parti PAS, Mohd Azlan terus menghubungi pihak keselamatan Universiti Malaya dan pihak polis Brickfields untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, ketika ditemui wartawan, Mohd Azlan berkata beliau tidak percayai perbuatan itu dilakukan oleh mahasiswa di situ.

Sebaliknya, beliau mengesyaki ada pihak-pihak lain yang mahu mengganggu-gugat dan mahu memecahkan perpaduan mahasiswa.

Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.



Pelajar Islam Universiti Malaya (UM) tetap menunaikan solat Jumaat di surau Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) walapun ia digemparkan dengan penemuan kepala babi di dalam surau tersebut awal pagi tadi.


Dalam sidang media selepas solat Jumaat, Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, beliau menganggap isu itu sebagai satu provokasi yang melampau yang cuba mencetuskan perselisihan antara kaum.



"Isu ini pada hakikatnya mencabar sensitiviti seluruh umat Islam kerana ia melibatkan penghinaan terhadap agama itu sendiri.


Sumber Malaysia Kini



[ ... ]

15 January 2009

Benarkah Norman Hakim Lelaki Tewas???


"ORANG lelaki kadang-kala jiwanya tidak puas dengan satu. Mungkin Norman adalah jenis lelaki yang 'tewas' dengan perempuan," luah perunding motivasi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad mengenai kontroversi yang melanda aktor popular, Norman Hakim dan bintang muda, Suhaiza Suhaimi atau Memey.


Tengku Asmadi yang ditemui ketika hadir sebagai tetamu undangan program Wanita Hari Ini (WHI) di Sri Pentas, semalam bersama Memey sendiri bagi membincangkan isu 'hangat' dua pelakon itu berkata, keretakan rumahtangga Norman dan bekas isterinya, Abby Abadi serta insiden ditangkap khalwat dengan Memey sebenarnya berpunca daripada 'kesilapan' langkah Norman sendiri.


"Ada pelbagai jenis suami; ada yang mithali yang mana dia akan sentiasa menjaga isteri dan anak-anaknya dengan baik, tetapi ada juga suami yang jiwanya sentiasa 'bergelora' walaupun sudah berkahwin.


"Mungkin di awal-awal perkahwinan, dia tidak tunjuk sangat. Tetapi setelah bertahun-tahun, dia mula berubah. Dalam kes ini, mungkin keprihatinan dan masa yang banyak diluangkan bersama Memey akhirnya telah membuahkan perasaan cinta.


Santeknya Memey...


"Apabila perhatian dan harapan diberikan kepada perempuan, pastinya si perempuan itu akan rasa dihargai dan dia akan beri reaksi yang sama. Tetapi perlu diingat, bila berlakunya perkara ini, adakalanya barulah si suami akan nampak sikap sebenar isteri yang sebelum ini tidak pernah dilihatnya.


"Sebagai contoh, bila berlakunya kontroversi seperti ini, barulah si suami sedar bahawa isterinya boleh mengamuk dan menyerangnya. Ini membuatkan suami itu akan tersepit dan tidak tahu untuk menyelesaikannya.


"Mungkin bagi Norman sendiri, dia tidak jangka api kemarahan Abby boleh jadi sebesar itu," katanya.


Menurut Tengku Asmadi lagi mengenai kes yang melanda Norman, Abby dan Memey ini, Norman sepatutnya mengambil langkah dengan cuba sedaya-upaya memujuk Abby jika benar-benar masih menyayangi isterinya itu dan ingin berpoligami.


"Dia kena betul-betul yakinkan isterinya. Dia yang mulakan, jadi dia perlu fikir cara untuk selesaikan. Dia sama sekali tidak boleh memburuk-burukkan isteri di hadapan perempuan lain semata-mata untuk tagih perhatian perempuan itu.


"Abby mungkin amat tertekan dan merasakan masyarakat menganggap dia adalah isteri yang bermasalah dan tidak pandai jaga suami. Disebabkan itu dia akhirnya menuntut cerai," jelasnya yang mengikuti kes ini sejak dari awal tercetusnya kontroversi tersebut.


Katanya lagi, Norman sepatutnya perlu sensitif dengan perasaan isterinya tatkala insiden tangkap khalwat bersama Memey telah membuatkan rumahtangganya bergolak.


"Norman pernah bercakap di dalam akhbar bahawa dia juga perlu menjaga hati pihak Memey yang mana perkara itu sebenarnya telah membangkitkan kemarahan Abby. Perkara ini sebenarnya cukup sensitif bagi mana-mana isteri sebenarnya.


"Bila masalah menjadi semakin besar seperti ini, ia sukar untuk diselesaikan. Dan Memey juga akan turut menjadi mangsa keadaan dan sememangnya dia juga tersepit dalam hal ini," kata Tengku Asmadi.


Namun begitu, kata perunding motivasi ini lagi, dia yakin beberapa tahun dari sekarang, Norman mahupun Abby akan melihat masalah yang melanda mereka ketika ini dari sudut atau perspektif yang lain pula.


"Cara Norman menilai kehidupan barunya nanti akan berbeza. Andai kata Norman tidak berkahwin lain dalam masa beberapa tahun ini, tidak mustahil jika dia akan merujuk semula setelah meneliti semula masalah mereka dari sudut lain, sebagai contoh faktor anak-anak.


"Begitu juga dengan Abby. Banyak kes cerai yang berlaku di mana pasangan itu kemudiannya akan merujuk semula setelah beberapa tahun. Itu kemungkinan yang boleh terjadi," kata Tengku Asmadi.


Sumber Mstar




[ ... ]

14 January 2009

Israeli Assault Against Civilians In Gaza





More Images Please Click Here






[ ... ]

10 January 2009

Nantikan Kemunculan Memey Suhaiza @WHI



13 Januari ini Memey Suhaiza di khabarkan akan membuat kemunculan pertama kali di kaca tv setelah lama menghilang & mendiamkan diri.
Nantikan kemunculan Memey di Wanita Hari Ini


Sumber: Oh Bulan



[ ... ]

08 January 2009

YOUTH'09: Dapatkan Pass2 Percuma Anda Di Sini





Badge
Jangan Lupa Join StacyFrenz @ Youth... Jumpa Di Sana


Mudah Saja Hanya Klik Link2 Di Bawah...
Anda Tidak Perlu Beratur Panjang Untuk Mendapat Pass Lagi...
Pengunjung Ke 1000 Akan Mendapat Jam Bernilai RM400 Serta Goody Bag...
Bnyk Aktiviti Menanti Anda...
Jom Pegi PWTC 9-11 January Ini...







YOUTH'09 - Malaysia's Largest Youth Lifestyle Festival


YOUTH'09 Expression Photography Challenge


1 vs 1 Caged Futsal


3 vs 3 Basketball Challenge








[ ... ]

04 January 2009

Ada Apa Dengan BABI























[ ... ]

20 December 2008

Alhamdulillah: Mawi & Ekin Sah Bergelar Suami Isteri




Alhamdulillah MAWI & EKIN sdh sah bergelar suami isteri... aku sedih juga tgk EKIN nangis ni... mcm mana lah kalau aku kawin nnti kan... sempat kah kawin ni... ekekeke... apa2 pun sama2 kita doakan MAWI dan EKIN berbahagia sehingga akhir hayat dan menempuh ujian rumahtangga dengan sabar dan tenang...





JOHOR BAHRU, 20 DIS 2008: Sejarah manis tercipta lagi apabila pernikahan Raja SMS, Asmawi Ani, 27, dan pasangannya, Nora'ashikin Abdul Rahman, 29, selamat disempurnakan dengan penuh istiadat sebentar tadi.


Syukurlah, dengan sekali lafaz, Mawi dan Ekin selamat dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Dato' Hj Maahat Mohd Said di Masjid Sultan Abu Bakar yang tersergam indah di Selat Tebrau.


Turut hadir menyaksikan pernikahan ini adalah Kadi Daerah Johor Bahru, As Syeikh Hj Husni Tamrin Md Sharif serta Imam Masjid Sultan Abu Bakar sendiri, Imam Mahadir Yahya.


Pihak Mawi bersaksikan penyanyi dan pendakwah terkenal, Ustaz Akhil Hayy dan Ustaz Dzulkarnain Hamzah Al-Hafiz manakala Ekin pula disaksikan oleh penceramah terkenal, Dato Dr Mohd Fadhilah Kamsah dan Ustaz Dinie Juri.


Pihak Mawi menyerahkan 9 dulang hantaran kepada Ekin berupa Al-Quran, cincin dan peralatan perhiasan diri termasuk wang hantaran sebanyak RM30,000.


Manakala pihak Ekin pula menyerahkan 11 dulang hantaran berupa Al-Quran, kelengkapan solat serta produk keperluan diri kepada Mawi.


Sumber: Murai.Com




[ ... ]

18 December 2008

Akhirnya Norman Hakim Melafazkan Cerai...


KUALA LUMPUR, 18 DIS 2008: Selepas retak menanti belah, rumah tangga pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Dengan titisan air mata, Norman akhirnya melafazkan cerai terhadap isterinya itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi tadi.


Sebelum ini mereka pernah bercerai tetapi merujuk semula dalam tempoh yang singkat selepas rumah tangga dilanda masalah. Kali ini Abby memohon cerai selepas tidak sanggup lagi hidup dengan Norman yang didakwa gagal menjadi sorang suami yang diinginkannya sehingga kemuncak konflik, Norman dicekup khalwat dengan pelakon Memey Suhaiza.



Ketika dihubungi oleh portal murai.com.my sebentar tadi, Abby berkata: ""Segala-galanya telah berjalan dengan lancar sebagaimana yang saya harapkan sebelum ini. Ia bukanlah satu keputusan yang cukup mudah tapi ia adalah yang terbaik buat diri saya.


"Buat Norman, saya harap dia juga akan dapat apa yang terbaik untuk dirinya yang dia tidak mampu saya beri sewaktu kami bersama. Saya sudah maafkan dia dan tiada sekelumit dendam pun yang tersimpan di hati saya," kata Abby.


Perceraian mereka itu disahkan selepas Norman bersetuju melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad. Meskipun begitu, Norman pada awalnya kelihatan cukup sebak hingga tidak mampu membacakan lafaz cerai tersebut.


Menurut Abby lagi, dia bersyukur kerana keluarganya amat memahami keputusan yang dibuatnya itu.


"Segala keputusan mereka serahkan pada saya bulat-bulat. Pendek kata segala kata putus adalah dari saya sendiri. Mereka hanya sekadar menyokong dari belakang. "Sebab mereka tahu apa pun keputusan yang saya buat ini tidak lebih sekadar untuk memperbaiki kehidupan saya. Keputusan saya ini juga tidak dipengaruhi dari mana-mana pihak lain. "Telah hampir setahun, hubungan saya bersama Norman berada di dalam keadaan yang keruh dan saya telah berusaha untuk mencari jalan yang terbaik untuk menanganinya. Tapi, ini akhirnya," katanya.

Bagaimana keadaan anak-anaknya apabila mereka berpisah?


"Kalau boleh memang saya tidak mahu mereka melihat keadaan ini berlaku tetapi apa boleh buat, keadaan sudah tidak mengizinkan dan tiada lagi jalan untuk saya dan Norman hidup bersama. "Mereka (anak-anak) masih kecil untuk faham apa yang sedang berlaku pada saat ini. Tapi satu hari nanti, saya akan cuba untuk terangkan pada mereka. Jodol dan ajal, segalanya di tangan tuhan. Saya redha," katanya lagi. Jelas Abby lagi, dia juga sudah bersedia untuk mengharungi segala onak dan duri sebagai seorang ibu tunggal. "Saya tahu bukan senang hendak mengemudi hidup dengan anak-anak tanpa kehadiran seseorang bernama bapa. Sebelum turun ke mahkamah tadi pun, bermacam-macam perkara yang berlegar di fikiran saya. "Apakah yang akan terjadi dalam hidup saya nanti? Bagaimana saya hendak teruskan hidup? Namun saya yakin Allah telah dan akan beri kekuatan untuk saya. "Insya-Allah, selepas ini saya akan beri keutaamaan kepada keluarga dan kerjaya lakonan saya. Saya juga mahu bekerja keras demi anak-anak. Saya juga harap akan diberi banyak peluang untuk bekerja dalam industri ini," katanya. Abby juga mengakui bahawa tidak timbul soal hak penjagaan anak-anak dalam kes perceraian dia dan Norman ini. "Selama ini pun anak-anak saya memang sentiasa berada di bawah jagaan saya. Tapi, selepas kes cerai ini, akan ada satu lagi fail kes baru yang akan dibuka. "Ia mengenai kes tuntutan saya dan anak-anak. Tapi masih terlalu awal untuk saya nyatakan hak-hak tuntutan tersebut," katanya lagi yang kini sibuk membintangi pelbagai produksi drama termasuk Jula-Juli Bintang 3.


Abby yang dulunya pernah menganggotai kumpulan Elite serta terkenal dengan watak sebagai Inspektor Aleeza dalam siri GeraK Khas mula berkahwin dengan Norman pada 11 Januari 2002.


Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan 3 anak iaitu Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim yang baru berusia 59 hari.



Sumber Murai.Com



[ ... ]

Norman Hakim & Abby Abadi Cerai Talak Satu


KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim hari ini bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.


Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, melafazkan talak kepada Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 31, pada pukul 11.20 pagi ini di hadapan Hakim Wan Mahyuddin Muhamad.


Semasa hendak melafazkan talak, Norman dilihat gagal mengawal perasaan, sehingga mahkamah terpaksa ditangguhkan kira-kira 10 minit untuk memberi masa kepada Norman menenangkan diri.


Ketika ditemui di luar perkarangan mahkamah, Norman mengakui beliau gagal mengawal perasaan semasa mula-mula hendak melafazkan talak.


“Bukan mudah saya nak lafazkan cerai kepada dia (Abby) kerana banyak perkara yang telah dilalui bersamanya. Saya teringat kembali di awal perkahwinan kami sehingga mempunyai anak-anak, semua ini membuatkan saya gagal mengawal emosi.


“Namun, Alhamdulillah, setelah saya berjaya menenangkan diri, baru saya dapat lafazkan talak kepada Abby,” kata Norman dalam nada sedih.


Biarpun sedih dengan perpisahan itu, Norman akur dengan ketentuan takdir dan Ilahi.


“Saya akur dengan ketentuan qada dan qadar. Semoga segalanya berjalan dengan baik selepas ini. Saya mengharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar, kehidupan dapat diteruskan seperti biasa dan anak-anak tetap dapat kasih sayang daripada bapa dia sendiri,” ujarnya.


Ditanya mengenai bagaimana hubungannya bersama Abby selepas berakhirnya rumah tangga mereka, Norman berkata, dia selalu mengharapkan terbaik untuk bekas isterinya itu.


“Kita mengharapkan segalanya yang terbaik. Kita ambil peluang sekali dalam kehidupan ini jadi kita tak nak memutuskan silaturrahim dan kita fikirkan masa depan untuk anak-anak,” katanya yang popular dalam drama bersiri Gerak Khas.


Sementara itu, Abby yang ditemui pemberita menyifatkan keputusan yang dicapai pada hari ini sebagai perkara yang terbaik untuk kedua belah pihak.


“Sebagai manusia saya maafkan dia (Norman), tapi saya tak berani janji saya boleh betul-betul baik dengan dia. Saya terpakSa ambil keputusan ini kerana Saya tak nampak ruang untuk kami berbaik semula selepas apa yang terjadi. Saya hanya berserah dan harap semua pihak termasuk peminat doakan saya dapat jaga anak saya dengan baik,” kata Abby yang pernah menganggotai kumpulan Elite.


Jelas Abby selepas penceraian ini dia mahu menumpukan perhatian kepada karier seni dan anak-anaknya dan melupakan kenangan pahit yang berlaku.


“Saya nak jadi orang baru. Saya nak ‘refresh’ balik apa yang ada dalam diri. Saya memang kena jadi orang baru dan kuat untuk lalui semua di masa akan datang,” ujarnya sayu.


Tegasnya, jika diberi peluang beliau tidak mahu semua pihak terus mensensasikan kisah rumah tangganya yang telah hancur.


“Kalau boleh saya tak nak diberi perhatian kepada cerita-cerita rumah tangga sebab saya berada dalam bidang ini untuk mencari rezeki,” katanya.


Ditanya mengenai hak penjagaan anak Abby berkata anak-anak masih berada di bawah penjagaannya.


“Tak timbul soal nak rebut anak-anak sebab mereka masih dengan saya dan saya tak ada halangan untuk dia (Norman) berjumpa dengan anak-anak. Tentang tuntutan nafkah dan sebagainya akan dibuat dan akan diuruskan oleh peguam syarie saya, Ahmad Nazib. Saya sendiri payah nak selesaikan masalah ini kerana saya susah nak berbincang dengan Norman,” ujar Abby yang juga ibu kepada Mohamad Danish Hakim, 5; Marissa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, 3 bulan.


Sementara itu, ketika diminta mengulas tentang kedudukan sebenar hubungannya dengan pelakon baru Gerak Khas, Zul Ariffin pula, Abby berkata, hubungan mereka tidak ubah seperti ‘kawan baik’.


“Bagi dia ruang. Dia macam kawan baik saya. Dia datang hari ini pun sebab nak beri sokongan moral kepada saya sama macam Shasha dan Wan Norhafiza daripada kumpulan Elite dan saya rasa ini bukan satu isu yang perlu dibesar-besarkan,” katanya.


Ibu muda ini turut memberitahu, betapa beliau terkejut membaca ruangan gosip dalam sebuah akhbar baru-baru ini mengenai dirinya yang sedang kemurungan disebabkan masalah peribadinya berfoya-foya di pusat hiburan bersama teman lelaki barunya.


Tegas Abby, gambar gandingan mereka berdua yang disebarkan sebelum ini adalah perbuatan mereka yang punya niat tertentu.


“Saya tak rasa ia salah kalau kita ambil gambar dengan lelaki lain. Lagipun bukan saya sahaja semasa bergelar isteri orang ambil gambar dengan lelaki lain, tidak pula menjadi isu. Tapi bila saya kenapa ia dilihat macam pelik sangat.


“Saya rasa ia tak perlu diperbesarkan lagi. Bagi ruang kepada kami untuk mencari rezeki dalam bidang ini,” katanya.


Tambah Abby apa yang penting dia tahu menjaga batas perhubungannya dan dia tidak pernah minum arak serta tak pernah berfoya-foya seperti yang diperkatakan oleh pihak-pihak tertentu.


“Pada saya apa yang ditimbulkan itu keterlaluan dan saya harap hentikanlah daripada menyebar fitnah. Lagipun apa yang diperkatakan itu tidak benar,” ujarnya.


Beliau pada masa yang sama berharap agar peminat di luar sana tidak salah sangka dengan apa yang berlaku kerana dia percaya ada pihak yang cuba menggeruhkan lagi keadaan.


Zul yang akan berlakon dalam Gerak Khas musim terbaru tiba perkarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi.


Turut hadir memberi sokongan moral kepada Abby adalah teman baiknya, Sasha bersama suaminya Salyo.


Hubungan Abby dengan pelakon kacak berkenaan semakin rancak diperkatakan apabila Zul turut berlakon dalam drama bersiri, Gerak Khas terbitan skop Production itu.


Zul yang ditemui di luar perkarangan mahkamah turut menafikan dia dan Abby mempunyai hubungan istimewa.



“Seperti yang diketahui umum hubungan saya dan dia (Abby) sebagai kawan. Dia banyak bantu saya dan lepas ini kami akan bekerjasama lagi,” ujarnya.


Ditanya adakah dia bersedia jika digosipkan dengan Abby selepas penceraian itu berlaku, Zul berkata:


“Itu saya tak tahu lah. Itu hanya gosip. Dan apabila masuk dalam bidang ini saya terpaksa lalui semua benda ini.”


Pada 5 Disember, Abby Abadi telah memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Norman Hakim yang baru-baru ini ditangkap khalwat dengan seorang pelakon baru, Memey Suhaiza.


Permohonan tersebut difailkan melalui peguam syarie, Ahmad Nazib Johari di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.


Itu merupakan kali kedua Abby memfailkan permohonan perceraian setelah cubaan kali pertama yang dilakukan sendiri tanpa peguam syarie pada 3 November lalu gagal disebabkan dokumen yang tidak lengkap.


Mahkamah menetapkan hari ini untuk mendengar sebutan kes tersebut untuk mengetahui sama ada Norman yang juga seorang pelakon bersetuju atau sebaliknya terhadap permohonan isterinya.


Jelas beliau, Abby mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003 iaitu bercerai dengan persetujuan Norman melalui kebenaran mahkamah.


Dalam permohonan itu, kata Ahmad Nazib, Abby memohon perceraian dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka suami isteri.


Abby yang baru menyambut hari jadi yang ke-31 pada 1 Disember lalu sebelum ini pernah menegaskan untuk mengakhiri perkahwinan mereka ekoran krisis yang melanda.


Norman yang juga seorang ahli perniagaan bagaimanapun berharap agar rumah tangga mereka dapat dipertahankan demi kebahagiaan tiga orang anak mereka.


Rumah tangga pasangan artis tersebut dilanda kemelut apabila Norman ditangkap khalwat bersama Memey di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana dekat sini pada awal pagi 30 Oktober lalu.


Pada 3 November lalu, Abby dinasihatkan oleh pihak mahkamah supaya berbincang dengan Norman terlebih dahulu supaya dapat bercerai secara baik, setelah dia gagal memfailkan perceraian ekoran dokumen permohonan yang tidak lengkap.


Sejurus selepas itu, Abby bertindak nekad berkunjung ke lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas di Wangsa Maju untuk menemui Norman bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.


Pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2002 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, dua setengah bulan.


Norman dan Abby pernah bercerai talak satu pada 5 Mei 2006. Bagaimanapun, mereka rujuk semula dalam tempoh yang singkat.


Sumber Budiey & Mstaronline






[ ... ]

01 December 2008

Memey Suhaiza Sembunyi



Sejak kes penangkapan khalwat melibatkan Norman Hakim dan Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, ramai orang tertanya-tanya kemana hilangnya si Memey ni?


(Niezam-Utusan) tak nafikan dalam keadaan panas dan tegang ini ada baiknya Memey menghilangkan diri buat seketika.


Ingat lagi masa orang tengah hangat bercakap pasal hubungan Memey dan Norman tak lama dulu, (Niezam-Utusan) pun pernah hantar SMS pada Memey minta dia jaga diri. Memey kata dia dengar nasihat tu. Tapi yalah... benda dah jadi, tak boleh nak kata apa.


Sekarang bila sudah reda kisah Abby serang Norman di lokasi penggambaran drama Gerak Khas, orang tertanya-tanya pula ke mana Memey melarikan diri?


Mengikut sumber, Memey dikatakan tengah menyorok di kampungnya di Felda Tenggaroh, Mersing Johor.


Malah “Spy Kring Kring” sempat merakamkan gambar Memey memandu kereta Persona warna kelabu miliknya untuk balik kampung tak lama selepas kejadian hitam itu.


“Saya ada nampak dia balik Mersing baru-baru ni. Dia ada di rumah keluarga dia di Tenggaroh. Datang la jumpa dia,” kata seorang pembaca Pancaindera.


Mengikut sumber itu lagi rupa-rupanya Memey tak boleh berada lama di rumah ibu dan ayahnya sebab ada saja orang kampung yang kaki menyibuk.


Ramai orang datang ke rumah dia nak tanya kes dia dengan Norman tu. Kerana rimas dengan gangguan orang, ada pula sumber lain berkata Memey sekarang melarikan diri pula ke rumah abangnya di Felda Berabong, Rompin, Pahang.


Sumber itu nampak Memey berada di rumah tersebut beberapa hari untuk mencari ketenangan selain mengelak dirinya diganggu.


“Memang saya nampak Memey ada di rumah abangnya di Felda Berabong tu. Kalau lalu Rompin boleh jumpa Felda tu la. Sebelah Felda Selendang, ” cerita seseorang.


Tak kisahlah Memey nak berada di mana pun. Nak lari ke mana pun. Yang penting selama menyembunyikan diri dia mesti cari jalan mengatasi masalahnya itu. Hakikatnya Memey kena terus berhadapan dengan kenyataan hidup. Menjadi artis, apa yang dibuat menjadi perhatian semua orang.


Sebab itulah sesiapa yang nak jadi artis tu kena pandai-pandailah bawa diri.


Kepada Memey, janganlah terus lari. Takut nanti patah kaki, lagi susah.


NIEZAM (UTUSAN): Kata Datuk Yusof Haslam, watak Norman dalam Gerak Khas ditamatkan Disember ini.


Sumber Utusan Online




[ ... ]

Kes Cerai Bell Ngasri: Farah Putri Rasa Tertipu


JIKA tidak kerana dikaitkan sebagai orang ketiga yang menjadi punca perceraian pelakon Nasrizal Ngasri atau Bell dengan isterinya Nur Farhana Mahamad Fauri, pasti khalayak tidak menyedari kewujudan pelakon baru bernama Farah Putri Mulyani Jasman Nada.


Mungkin ada yang masih ingat, gadis kacukan Indonesia di sebelah bapa dan Cina di sebelah ibu itu merupakan pelakon drama bersiri popular Misi XX Ray. Menerusi drama arahan Aziz M. Osman itu, Farah memegang watak Eyza, kekasih kepada Amir, lakonan Syed Aiman. Dia juga pernah membintangi drama bersiri Kawan.


Ekoran kenyataan Farah dalam majalah HAI serta akhbar Kosmo, ada beberapa pihak menuding jari kononnya dia sengaja menangguk di air keruh atas keretakan rumah tangga orang lain.


Cakap-cakap sinis orang sekeliling membuatkan pelakon baru itu tidak senang duduk. Dia merasakan kenyataan jujurnya telah disalah ertikan. Untuk itu, Farah Putri yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Katsarin di Jitra, Kedah, menjawab panggilan Pancaindera bagi menegakkan kebenaran.


Apa sebenarnya hubungan Farah dengan Bell?


Dah tak ada apa-apa dah, setelah saya tahu perkara sebenar. Sebelum ini, kami berkawan baik. Apa yang telah berlaku adalah salah faham yang besar. Ada kesilapan, apabila dia tidak menjelaskan status sebenar dirinya sebelum ini. Benda dah terjadi. Saya dah boleh bertenang sekarang. Saya tampil ke depan hanya untuk menceritakan keadaan sebenar. Niat saya yang utama hanyalah untuk menegakkan kebenaran agar orang sekeliling tidak berterusan menuding jari kepada saya, kononnya sebagai punca kemelut rumah tangga Bell.


Saya cuba menegakkan kebenaran dengan niat membersihkan nama tetapi telah menimbulkan masalah lain. Yang saya kesalkan, ada artikel yang telah tersiar sebelum ini macam ditokok tambah dan berbaur provokasi. Tetapi saya tak kisahlah sebab benda dah terjadi. Saya tidak bermaksud untuk memalukan Bell dan keluarga.


Maknanya dulu rapatlah dengan Bell?


Tak adalah rapat sangat. Cuma kenal baik sebab sama-sama digandingkan dalam sebuah drama untuk tayangan Hari Raya. Sepatutnya drama itu disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas, tetapi tak jadi pula. Mungkin raya tahun depan agaknya.


Farah dikatakan menyamai Memey Suhaiza kerana dikaitkan dengan suami orang. Apa komen Farah?


Saya percaya , apa yang saya katakan ini akan membuatkan orang ramai faham maksud yang tersirat. Janganlah samakan saya dengan sesiapa pun. Bila dah terkena, inilah pengajaran akibat terlalu cepat percayakan orang lain. Tak bolehlah nak salahkan perempuan sahaja. Kena ambil kira sebelah pihak lagi.


Hati dan perasaan Farah telah dipermainkan?


Saya rasa tertipu dengan apa yang pernah diperkatakan Bell. Itu dululah. Tetapi, benda dah lepas. Saya tak mahu ingat-ingat lagi. Sekarang, saya tidak lagi berkawan rapat dengannya.


Peristiwa ini sedikit sebanyak buat nama Farah dikenali. Benarkah begitu?


Saya tak boleh nafikan benda ini buat orang ramai sedar akan kewujudan saya. Tetapi demi Allah, saya tak suka orang ramai mengenali saya dengan cara sebegini. Kalau saya jenis yang suka mencari publisiti murahan, dah lama saya lakukannya sejak tiga tahun lalu semasa mula berjinak-jinak dalam lakonan. Ini bukan niat saya untuk mencari glamor. Ini bukan benda main-main atau rekaan hanya untuk meraih populariti.


Kalau ada lagi rasa sakit hati?


Saya kena kuatkan diri. Kalau fikir sangat, sakit hati itu akan datang. Industri seni ini kecil saja. Bila ada masa terluang, saya akan sibukkan diri dengan membaca buku atau petik gitar. Saya cuba lawan daripada terus memikirkannya.


Kalau kita ikhlas nak berkawan dengan seseorang itu, tidak semestinya orang itu benar-benar ikhlas dengan kita. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati. Saya tak mahu orang lain cepat membuat hukuman dan menuduh saya yang bukan-bukan.


Farah nampaknya berani mendepani kemelut ini?


Ya, saya berani kerana benar. Saya cuma mahu buat satu tindakan yang saya fikir betul. Saya tak mahu jadi artis yang hipokrit. Kena beranilah, buat apa nak takut mempertahankan diri sendiri. Saya tahu orang ramai akan fikir negatif tetapi bila ada yang bertanya, saya akan jelaskan apa yang sebenarnya telah berlaku.


Selepas ini adakah serik berkawan dengan lelaki?


Saya tak serik. Saya punya hati yang besar. Saya percaya kalau kita buat baik akan terima balasan yang baik juga. Saya ini peramah, suka berbuat baik dengan semua orang. Saya harap selepas ini saya tidak akan terkena masalah sebesar ini lagi. Mungkin selepas ini, jika ada lelaki yang mahu rapat dengan saya, lelaki itu kenalah berusaha keras kerana selepas apa yang telah berlaku, saya menjadi wanita matang yang amat berhati-hati.


Adakah periuk nasi Farah terjejas?


Sebelum ini, saya tak pernah langsung berdepan dengan gosip sebesar ini. Memang karier seni saya baru nak berkembang. Tetapi, saya rasa ia tidak menjejaskan periuk nasi. Rezeki di tangan Tuhan. Saya hanya cuba buat benda yang benar.


Apa kata keluarga?


Pada mulanya, mereka sibuk bertanya apa masalah saya dengan Bell? Betul ke saya ada hubungan dengan Bell? Kata mereka, jangan nak main-main dengan suami orang.


Mula-mula, payah jugalah nak jelaskan. Bila ada kenyataan saya tersiar, saya biarkan keluarga membacanya dan cuba memahami apa yang sebenarnya telah berlaku. Alhamdulillah, keluarga faham situasi yang saya alami. Mereka percaya saya dan mereka yakin saya boleh menjaga diri dengan baik.



Sumber Utusan Malaysia Online






[ ... ]

28 November 2008

Saiful Nafi Sakit Kelamin


KUALA LUMPUR - Desas-desus mengenai dakwaan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan sakit sejak dua bulan lalu akhirnya terjawab semalam.


Mohd. Saiful, 23, menyangkal tohmahan yang dibuat ke atas dirinya seperti yang tersebar dalam laman web serta khabar angin yang menyatakan dirinya terlantar sakit, lumpuh dan menghidap penyakit kelamin serta meninggal dunia baru-baru ini.


"Itu semua tidak benar dan merupakan fitnah serta satu pembohongan besar yang direka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


"Saya ingin tegaskan keadaan kesihatan saya sangat baik tidak seperti yang difitnahkan dan sentiasa berdoa kehadrat Allah S.W.T agar kebenaran dapat ditegakkan," katanya dalam satu kenyataan ringkasnya kepada media di pekarangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam.


Beliau dilihat hadir ke pejabat Jawi kira-kira pukul 11 pagi semalam sambil ditemani oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim serta peguam, Zamri Idris.


Mohd. Saiful memakai kot dan berseluar hitam serta bersongkok kemudian dilihat memasuki pejabat Jawi sebelum keluar dan mengadakan sidang akhbar.


Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan kehadirannya ke pejabat itu, sebaliknya hanya ingin menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan selama ini.



Sumber Kosmo Online




[ ... ]

25 November 2008

Kes Cerai Bell Ngasri: Farah Putri Mahu Undur Diri



KUALA LUMPUR - "Saya undur diri dan tidak akan menjalinkan hubungan dengannya lagi."
Demikian kenyataan balas pelakon Farah Putri Mulyani Jasman Nada, 22, yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon Nasrizal Ngasri hingga menjadi punca perceraian Nasrizal dengan isterinya Nur Farhana Mahamad Fauri.


Menurut Farah, ketika dihubungi Kosmo! semalam, dia tidak mahu memanjangkan isu yang mengaitkan dirinya dengan keretakan rumah tangga Bell dan isterinya.


"Saya sudah malas, saya cuma ingin minta maaf kepada semua pihak terutamanya Bell, isteri serta keluarga mereka kerana kenyataan saya sebelum ini.


"Saya tidak pernah bermaksud untuk melukakan hati mana-mana pihak. Kalau masih ada rasa sayang antara mereka dan Bell mahu rujuk semula dengan isterinya, itu satu perkara yang bagus, nampaknya dia sedar kesalahannya dan mahu pikul tanggungjawab tersebut," katanya.



Sumber Kosmo Online





[ ... ]

Blog Archive

 

©2009 Welcome To My Life | by TNB