KUALA LUMPUR, 31 OKT 2008: "Awalnya saya tidak percaya apabila ramai orang mengaitkan Memey sebagai pelakon wanita baru yang ditangkap khalwat bersama seorang pelakon lelaki dalam siri Gerak Khas selepas berita tersebut tersebar semalam.
"Tapi, apabila melihat wajah dia terpampang di dada akhbar pagi ini (Jumaat) bersama Norman, saya terpaksa terima hakikat bahawa memang dialah pelakon wanita baru yang dimaksudkan," kata Darling Ngasri dalam keadaan penuh emosi
Sebagai ibu saudara kepada Memey, Darling akui dia sendiri tidak terlepas daripada terkena tempias akibat daripada berita kontroversi yang cukup mengejutkan seluruh industri hiburan ini.
"Tapi saya rasa sedih sangat. Benar-benar sedih. Sebab waktu saya ambil dia dulu untuk berkecimpung di dalam industri ini, saya sudah cuba buat segala yang terbaik untuk dia dengan harapan dia akan jadi seorang pelakon yang dihormati.
"Saya juga tak pernah berkira dengan dia. Macam mana saya sayang adik saya, begitulah ibaratnya saya sayang dia. Adik saya pun tak dapat macam apa yang dia dapat. Tapi, akhirnya beginilah jadinya... " katanya yang kedengaran terlalu sebak.
Akhirnya terhamburlah tangisan Darling
"Maaflah... saya agak terlalu emosi ketika ini. Saya tak tahu kenapa. Tapi saya tak pernah rasa sedih yang seperti ini. Kalau boleh benda-benda macam inilah yang kita semua perlu elakkan," katanya lagi.
Selepas menenangkan dirinya untuk seketika, Darling menyambung, lagi, dia sudah tidak dapat berbuat apa-apa bila kes membabitkan tangkap khalwat Memey dan Norman itu 'terbarai'.
"Memey sendiri yang ambil keputusan untuk membawa haluannya sendiri selepas 2 tahun tinggal dan menetap bersama dengan saya dan pada waktu itu saya sudah tak dapat menahan lagi kehendaknya sebab dia bersungguh-sungguh beri alasan untuk hidup sendiri, mahu berdikari.
"Padahal dalam usia yang terlalu mentah dan muda seperti itu, dia tidak harus dibiarkan seperti itu. Andaikata ibu bapa dia hubungi saya dan tanya saya, saya akan beri nasihat pada mereka supaya selamatkanlah Memey.
No comments:
Post a Comment