About Me

My photo
Happy go lucky person, very shy-shy gurl, very tong-tong gurl, have a million dreamz...and I hope my dreamz will be come true...

Sejuta Cinta

Showing posts with label Ad-Din. Show all posts
Showing posts with label Ad-Din. Show all posts

02 March 2009

Gambar Terbaru Dato Siti Nurhaliza




Konsert Malam Sinar Maulidul Rasul 28 Feb 2009

All Picture Crdt To Minaq_Jinggo


Harap2 CT teruskan penampilan mcm ni... semua peminat CT pun suka CT terus kekal mcm ni... apa2 pong kita doakan yg terbaek utk CT dan saudara2 kita yg masih lalai... termasuklah aku yg sll lalai ini... verangan jer keje kan...



[ ... ]

14 February 2009

Say No No No For VALENTINE

Haaa ini bukan diskriminasi atau taksub ya... hnya menyedarkan saudara2 seagamaku..aku x kisah kalau ada kwn2 seugamaku berckp2 blakang atau berym2 mengenai entry ini... bukan entry sekadar hiasan... tp jadikan entry ini sesuatu yg boleh di ingati... dan sama2 kita sebarkannya... jgn jadikan perkara yg paling merepek ini menjatuhkan maruah agama kita... sesungguhnya mindamu sdg dan sdh di jajah... Wallahua'lam...

A Kuwaiti parliamentary committee wants to ban Valentine’s Day celebrations, will meet the government on Wednesday to work out how to achieve its goal. Alangkah bestnya kalau Malaysia "NEGARA ISLAM" ini juga mengikut langkah Kuwait... fikir2kan...


Pandangan Islam terhadap perayaan Valentine Day telah jelas haram dan terkeluar dari syariat Islam.
Juga jelas haram dan membelakangkan syariat Islam mengenai aktiviti para remaja yang ikut-ikutan merayakan ‘valentine day’ dengan membabi buta, disertai aktiviti campur baur antara lawan, jenis, dan perbuatan maksiat lain.

Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (daripada hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Maidah: 49)


Berkasih-sayang’ versi Valentine ini, haruslah diketahui terlebih dahulu hukumnya, lalu diputuskan apakah akan dilaksanakan atau ditinggalkan. Dengan melihat dan memahami asal-usul serta fakta pelaksanaan Valentine Day,
sebenarnya perayaan ini tidak ada sangkut-pautnya sedikit pun dengan corak hidup seorang muslim. Tradisi tanpa dasar ini lahir dan berkembang dari segolongan manusia (kaum/bangsa) yang hidup dengan corak yang sangat jauh berbeza dengan corak hidup berdasarkan syariat Islam yang agung.

Jika kita fahami nas-nas syarak dengan lebih mendalam, akan kita dapati aturan yang tegas terhadap masalah ini, antara lain firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban.” (Al-Isra’: 36)’

Di sini amat jelas Valentine Day adalah budaya orang kafir, yang terang-terang kita dilarang untuk mengamalkannya. Dalam hal ini, kita dilarang menyerupai budaya yang lahir daripada peradaban kaum kafir, yang jelas bertentangan dengan akidah Islam, sementara yang boleh diambil daripada semua orang (termasuk kafir) adalah dalam masalah teknologi, budaya yang tidak lahir dari pandangan hidup mereka; seperti bahasa asing, menanam padi yang baik, membuat kapal terbang, komputer, kenderaan bermotor, kereta dan lain-lian lagi bahkan kita dituntut untuk mendalami ilmu-ilmu tersebut.

Hal ini diperkuatkan dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk daripada golongan mereka.” (Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad daripada Ibnu Umar)

“Tidak termasuk golonganku orang-orang yang menyerupai selain golongan umatku (umat Islam).” (Riwayat Tirmidzi daripada Amru bin Syu’aib).

Maka, sangat jelas kita tidak dibolehkan ‘tashabuh’, menyerupai, meniru-niru cara hidup orang kafir yang lahir dari pandangan hidupnya, sudah seharusnya kita tinggalkan semua budaya kufur tersebut jauh-jauh.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa melakukan amalan yang tiada didasari perintahku (Quran dan Sunnah), maka amal perbuatannya tertolak.” (Riwayat Ahmad)

Sesungguhnya, ikut merayakan hari ‘valentine’ adalah tindakan tercela, dan haram bagi kaum Muslimin untuk merayakannya.

Valentine sendiri akar kemunculannya daripada orang kafir, Barat, lebih-lebih lagi kemunculan tersebut berasal daripada budaya Yahudi

Maka sudah sepatutnya kaum muslimin wajar meninggalkan hal tersebut.


Sumber:
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia


[ ... ]

05 February 2009

Kadeng-Kadeng


Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat...
Tapi, byk pula dugaan yang datang..

Kadang2 kita minta cerdik,
Tapi, masalah pula yang bertandang...


Kadang2 kita minta kebahagiaan,
Tetapi,
huru hara pula menjelang...

Dugaan menjadikan mental kita kuat,

Masalah menjadikan kita berfikir,
Huru hara menjadikan kita tabah...

SUBHANALLAH.. Betapa Hebatnya ALLAH itu....

Semuanya ada hikmah..
Kalaulah manusia tahu hadis ini..

" Telah berkata Jibrail a.s:

" Wahai Tuhan, Engkau smpaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman : " Biarkan hambaKu itu... kerana Aku mencintai rintih suaranya".....
- Anas ibn Malik r.a -


Credit To: Syahaabahjami & Gavinz



[ ... ]

Takutlah Hari Yang Akan Datang Itu...

Al-Qiyamah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani





Allah Berfirman:

Aku bersumpah dengan hari kiamat; (1)
Dan Aku bersumpah dengan
"Nafsul Lawwaamah"
(bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati) (2)


(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga dia tidak mengakui adanya hari kiamat). (5)

(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat):
Ke manakah hendak me
larikan diri? (10)
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! (11)

Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang dia telah lakukan dan apa yang dia telah tinggalkan. (13)

Bahkan manusia itu,
(anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, (14)

Walaupun dia memberikan alasan-alasannya
(untuk membela diri). (15)


Sedarlah wahai orang-orang yang lalai.
(Sebena
rnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu)
bahkan kamu sentiasa mencintai
(Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. (20)

Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya). (21)

Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; (22)

Melihat kepada Tuhannya. (23)

Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh, (24)


Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati)
apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, (26)

Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata:
Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)? (27)
Dan dia sendiri yakin,
bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; (28)

Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih. (29)

(Maka) kepada Tuhanmulah pada waktu itu engkau dibawa
(untuk menerima balasan). (30)
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka dia tidak mengakui kebenaran
(yang diwajibkan meyakininya) dan dia tidak mengerjakan sembahyang
(yang difardukan mengerjakannya)! (31)


(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! (34)
Kemudian api Nerakalah lebih layak bagimu,
lebih layak. (35)




Surah Al-Qiyamah


[ ... ]

17 October 2008

Salimna Ya Rahman...


Assalammualaikum... tujuan entry kali ini bukanlah untuk mengundang sensitiviti pelbagai pihak tapi adalah untuk menyedarkan betapa jahilnya kita tidak pernah tahu sedikitpun mengenai penderitaan saudara2 kita... Silalah layari laman ini... saya menyeru kepada kawan2 semua...saya sendirik menangis teresak2 membaca luahan hati pengarang... dengan cerita2 yang menyayat hati... Ya Allah... berikanlah hamba-hambamu kekuatan di akhir2 zaman ini... Selamatkanlah kami Ya Allah... Bantulah Kami Ya Allah... hanya itu terlintas dan terdetik di hati kecil aku...saya sendiri secara jujur tidak pernah ambil pusing perkara2 seperti ini... sehinggalah hati saya terdetik mencari bacaan ilmiah melalui internet...Renung-renungkanlah wahai saudara-saudaraku...

...Wallahua'lam Bisthawab...


[ ... ]

16 October 2008

Homoseksual...

Helooo...salammm... harini aku nak kongsi sikit... tp aku rasa entry kali ini agak sensitip... jadi aku dahulukan dengan mohon maaf sekiranya aku mengundang kemarahan pelbagai pihak... tapi bagi aku, isue ini harus di bincang... mcm mana nak diselesaikan... kdg2 aku pening fikir... dan sedih dgn keadaan yg semakin menjadi2...dan kdg2 aku rasa perkara ni mcm di iyakan saja... adakah ini fitrah manusia???bukan... bukan... bukan.... ini penyakit yg sdh lama jadi barah... ntah bila nak operate bg hilang barah tu....

Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firman-Nya;

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? * Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas".(Surah Al-Araf : 80 - 81)

Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan fawahisy atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210)

Rasulullah s.a.w. menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi s.a.w.;

Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual).


Begitulah yg ada dlm nas... tp kenapa gejala homo ni masih lagi berleluasa... smpikan budak2 kecik pun dah fhm sgt pasal homo ni... adik aku pon dah tau... aku mohon maaf sekali lagi sekiranya entry ini mengganggu hati sekelian makhluk di muka bumi Allah yg indah ni... tp sebagai seorang islam... aku juga harus tunaikan kewajipan aku... untuk menegur... aku x pernah menolak mereka2 ini... tp apa yg jadi hari ini buat aku jadi runsing... aku gembira kalo kwn2 aku berubah,,,, aku x mengharap perubahan yg besar cukuplah sekadar perlahan2 itu sdh cukup buat aku gembira... aku x lah begitu baik untuk menegur... jgnlah pandang pada aku ,pandanglah pada kata2 aku sahaja... sekian makaseh.... Wallahua'lam bisthawab...


[ ... ]

Blog Archive

 

©2009 Welcome To My Life | by TNB