Sejuta Cinta

05 November 2008

Norman Pertahankan Memey Suhaiza???


KUALA LUMPUR, 4 NOV 2008: Pelakon Abby Abadi, 30, sudah nekad. Apa terjadi, dia tetap mahu diceraikan juga oleh suaminya, Norman Hakim, 32.


Bercakap kepada murai.com.my semalam, Abby berkata: "Saya sudah nekad. Apa jadi sekalipun, dia (Norman Hakim) kena lepaskan saya. Saya juga penat kerana percakapan dan perbuatan dia selama ini langsung tidak seiring.


"Apa guna kononnya hendak mempertahankan rumahtangga tapi dia tak pernah berusaha ke arah itu. Asyik-asyik buat hal, Lepas itu, pura-pura buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku.


"Saya berharap tindakan saya untuk meminta cerai daripada Norman tidak akan dipertikaikan mana-mana pihak. Apa guna berstatus isteri tapi hidup macam tak bersuami? Selama ini pun saya dah jadi macam seorang ibu tunggal. Sebab dia jenis manusia yang lepas tangan.


"Kes khalwat ini pun tak memberi apa-apa kesan pada dia. Memang saya akan tetap dengan keputusan saya. Saya tak perlukan dia lagi. Berseronoklah Norman sepuasnya selepas ini.


"Kepada semua, maafkan saya, saya memang sudah dah tak mampu bertahan serta mempertahankan rumahtangga yang kami bina selama ini.


"Dia terlalu mementingkan diri dan langsung tak penah menghargai kasih sayang dan pengorbanan saya selama ini. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Doakan yang terbaik untuk saya dan anak-anak."


Tengah hari semalam, Abby memberontak dan terus 'menyerang' Norman di lokasi Gerak Khas berdekatan Carrefour, Wangsa Maju, di sini. Apa yang menggemparkan, Abby terlebih dulu memaklumkan kepada pihak media yang dia akan ke sana untuk bersemuka kerana Norman memang sukar untuk dihubungi.


Sebelum itu, pada sebelah pagi, Abby terlebih dulu telah pergi ke Mahkamah Syariah Gombak Timur untuk memohon cerai tetapi ditolak kerana tidak cukup dokumen.


Sewaktu di lokasi Gerak Khas itu, wartawan melihat dengan kepala mata sendiri drama perang mulut antara Abby dan Norman. Apa yang begitu mengecewa dan menaikkan kemarahan Abby, Norman terus-terusan mempertahankan atau membela pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, yang dicekup khalwat bersamanya pada 30 Oktober lalu.


Berikut antara perang mulut antara Abby dan Norman semalam...


"Kenapa asyik mempertahankan dia (Memey)? Memey baik, Memey itu, Memey ini. Saya ini siapa dalam hidup Abang?" tanya Abby.


Norman pula menjawab dia perlu mempertahankan Memey kerana dia tidak mahu Memey malu dan nama baik keluarganya terus tercemar gara-gara insiden khalwat tempoh hari.


Kemudian tanya Abby lagi: "Kenapa Abang jadi macam ni sekali? Abang asyik bercerita Memey pandai itu, pandai ini, kenapa? Saya ni isteri Abang tau!"


Jawab Norman pula, "Saya cerita ini dari sudut kemanusiaan. Dia ada emak bapa, dia naif."


Terus Abby menjawab," Habis tu, saya tak ada emak bapak?"


Sebelum keadaan menjadi lebih tegang, mereka berdua terus ditenangkan oleh wartawan di situ malah ada yang menasihati Norman yang memegang borang penceraian supaya beredar saja. Pada suatu ketika, air mata Norman turut menitis di pipinya selepas terlalu sebak. Norman akui dia bukanlah hendak menegakkan benang yang basah, sebaliknya mahu menarik rambut dalam tepung.


Norman akui, dia sesungguhnya masih mengharapkan supaya rumah tangga mereka dapat diselamatkan.


"Demi Allah, saya sayangkan keluarga saya. Saya tidak boleh ceritakan apa keburukan dia (Abby)... saya masih sayangkan lagi hubungan kami ini. Saya sangat sedih kalau rumah tangga kami akan berakhir dengan penceraian lagi. Abby masih lagi isteri saya yang sah," kata Norman dengan sebak.


Pada 5 Mei 2006 mereka berdua pernah bercerai seketika tetapi merujuk semula seminggu kemudian. Hasil perkongsian hidup, Abby dan Norman dikurniakan 3 anak iaitu Danish Hakim, 5; Marissa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim yang baru berusia 45 hari.


Sumber: Murai.com, Utusan Malaysia, Harian Metro, Kosmo! & Berita Harian

No comments:

Blog Archive

 

©2009 Welcome To My Life | by TNB