About Me

My photo
Happy go lucky person, very shy-shy gurl, very tong-tong gurl, have a million dreamz...and I hope my dreamz will be come true...

Sejuta Cinta

05 June 2009

Cuti-Cuti Genting Highland


...Pegi Bercuti Seketika...


[ ... ]

03 June 2009

Brapa Kali kau Kawen?



Rizal ialah seorang lelaki bertubuh kecil yang menjadi saksi suatu kesberat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keteranganoleh seorang peguam.Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya,adakah anda sudahberkahwin?. Sudah, Tuan. jawab Rizal dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin

Rizal : Sekali sahaja.,

Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,

Rizal : Seorang perempuan, Tuan!


Kerana panas mendengar jawapan dari Rizal, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki?












































Rizal : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.



[ ... ]

02 June 2009

Kes Tuntutan Cerai Akhil & Maiza






Kemuncak ketegangan rumahtangga pendakwah bebas dan penyanyi Akhil Hayy sampai ke penghujungnya hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh jam 10.25 pagi.

Kes menuntut 'kebenaran cerai' yang dikemukakan oleh isteri Akhil, Maizawati Zainal, 33 telah didengar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Mohd Ridhuan Yusof.

Maizawati diwakili dua peguam Azmi Rais dan Zulkifli Che Yong sementara Akhil pula tidak diwakili mana-mana peguam.

Perbicaraan di dalam kamar itu sepatutnya didengar pada jam 10 pagi tetapi tertangguh selama 25 minit kerana menantikan kemunculan Akhil yang akhirnya hadir bersama dua sahabat yang bertindak seperti 'pengawal peribadi'nya.

Hubungan kedua suami isteri ini kelihatan agak dingin apabila masing-masing tidak bertegur sapa dan bertanya khabar.

"Kehilangan' Akhil selama 3 bulan dari rumah mereka juga tidak menampakkan apa-apa reaksi.

Maizawati membuat tuntutan cerai setelah suaminya Akhil Hayy tidak pulang ke rumah selama 3 bulan


Namun, sebagai seorang ayah, Akhil sempat melempiaskan rasa rindunya kepada anak bongsu mereka, Muhd Shatiri Hidayatullah berusia 2 tahun.

Maizawati, yang hadir bersama lima orang anak mereka, kelihatan agak tenang.

Kes yang berjalan lancar terpaksa ditangguhkan hingga 11 pagi dan bersambung selepas itu.

Walaubagaimanapun, disebabkan ada dokumen yang tidak lengkap untuk membuat urusan tuntutan, maka kes tuntutan cerai ini ditangguh ke 15 Julai.

Akhil kelihatan agak serius dan tidak begitu mesra. Setelah dikejar oleh beberapa wartawan akhirnya beliau akur untuk menjawab soalan yang diajukan.

"Saya tak nak bagi komen. Saya akan selesaikan dengan cara paling makruf. Saya akan buat yang terbaik dan telah dinasihatkan jangan perbesarkan isu ini," kata Akhil.

Namun di sebalik riak tenang di wajahnya, hos program 'Cafe Akhil Hayy' itu sempat juga memberi komen sinis..."Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV."

Kemelut rumahtangga Akhil-Maizawati menjadi perbualan hangat dua minggu lepas apabila Maizawati setuju membuat pendedahan keretakan rumahtangganya di dalam program 'Nasi Lemak Kopi O' dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 baru-baru ini.

Dalam kedua-dua program itu, Maizawati mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda. Justru katanya, dia memberi kebenaran Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda kini apabila Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah. Maizawati berkata, dia hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media dan mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.

Apa pun, yang pasti pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Maiza telah menyebabkan kredibiliti suaminya sebagai pendakwah terjejas teruk.

Ini diakui sendiri oleh Akhil, apabila beliau dengan nada rendah diri berkata, "Kredibiliti dan imej saya sebagai pendakwah sudah terjejas," kata Akhil.

Ditanya samada beliau akan teruskan niat melepaskan Maizawati, Akhil berkata, "Saya akan cuba buat keputusan yang terbaik."

Maizawati telah membuat pendedahan tentang hubungan cinta suaminya, penyanyi Akhil Hayy dan Waheeda di stesen TV

Namun, pendirian Maizawati terhadap tuntutan cerainya jelas goyah.

Dia bagaikan bingung samada ingin meneruskan niatnya untuk membuat tuntutan cerai.

"Apa-apa pun tunggulah 15 Julai. Saya tak boleh cakap lagi. Ramai kawan-kawan yang nasihat jangan bercerai. Kata mereka kalau saya minta cerai, saya akan kelihatan seperti tewas..."

Bagaimana perasaan apabila ketemu semula suami selepas 3 bulan?

"No komen," kata Maizawati sambil tersenyum.

Beliau juga berkata dia tidak ada masalah untuk bersemuka dengan Akhil.

Harapan pada kes tuntutan cerai pada kes ini?

"Tak boleh bagi penjelasan lagi...," kata Maizawati.

Walaupun hakim memberi peringatan "Jangan sensasikan kes Akhil-Maizawati dan buat laporan untuk berita saja" - kenyataannya kisah rumahtangga personaliti seperti pendakwah terkenal Akhil Hayy dan dikaitkan pula dengan penyanyi Waheeda akan selalu menjadi berita panas yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka.


Credit To Mstar
SITI AZIRA ABD AZIZ

Nota Kaki: Kesian tgk anak2 jadi mangsa pergolakan rumahtangga... kalau iya pun nak kawen atau bermadu selesaikanlah baik2... ini tak keluar gambar dekat pantai segala, x balik rumah smpi 3 bulan... dah tu ada pula anak yg dah besar2, yg dah bole mengerti... mesti malu... kalau nak menumpang kasih tu buat lah cara menumpang... ini tidak bole pula buat stetmen ala2 suci... tolonglah... kau ingat org bole lupa ka...lastly, besar mana pun gelora rumahtangga tu... jadilah seorang lelaki yg bertanggungjawab...



[ ... ]

01 June 2009

18SX


Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier punmalu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusanbangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dierkeluar. Psychologist tu pun cakap ler,

"Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab,

"Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik...tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalamlongkang!!"

Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus










































meraung bagai nak giler lalu berkata,














































"Yang tu pun saya gak,uhwaaa..!!!"


Sekian


[ ... ]

Blog Archive

 

©2009 Welcome To My Life | by TNB