About Me

My photo
Happy go lucky person, very shy-shy gurl, very tong-tong gurl, have a million dreamz...and I hope my dreamz will be come true...

Sejuta Cinta

01 November 2008

" WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK " Norman Hakim & Memey Suhaiza

Salam... Hello eberibadi... ni ada lagi pasal kes khalwat Norman Hakim & Memey... Kesian pulak dengan Darling Ngasri... Dont blame urself Darling Ngasri... Dia sendiri yg buat hal... hopefully both of them taubat kan... kita doa yg terbaek... and For ABBY... sabar dan ingat ALLAH selalu...




KUALA LUMPUR, 31 OKT 2008:
"Awalnya saya tidak percaya apabila ramai orang mengaitkan Memey sebagai pelakon wanita baru yang ditangkap khalwat bersama seorang pelakon lelaki dalam siri Gerak Khas selepas berita tersebut tersebar semalam.

"Tapi, apabila melihat wajah dia terpampang di dada akhbar pagi ini (Jumaat) bersama Norman, saya terpaksa terima hakikat bahawa memang dialah pelakon wanita baru yang dimaksudkan," kata Darling Ngasri dalam keadaan penuh emosi


Sebagai ibu saudara kepada Memey, Darling akui dia sendiri tidak terlepas daripada terkena tempias akibat daripada berita kontroversi yang cukup mengejutkan seluruh industri hiburan ini.


"Bayangkanlah saya ke Sri Pentas (TV3) pagi tadi untuk menghadiri program Wanita Hari Ini. Tapi, sana-sini orang bertanya saya tentang perkara ini. Saya sendiri pun tidak tahu hendak cakap apa.

"Tapi saya rasa sedih sangat. Benar-benar sedih. Sebab waktu saya ambil dia dulu untuk berkecimpung di dalam industri ini, saya sudah cuba buat segala yang terbaik untuk dia dengan harapan dia akan jadi seorang pelakon yang dihormati.

"Saya juga tak pernah berkira dengan dia. Macam mana saya sayang adik saya, begitulah ibaratnya saya sayang dia. Adik saya pun tak dapat macam apa yang dia dapat. Tapi, akhirnya beginilah jadinya... " katanya yang kedengaran terlalu sebak.


Akhirnya terhamburlah tangisan Darling


"Maaflah... saya agak terlalu emosi ketika ini. Saya tak tahu kenapa. Tapi saya tak pernah rasa sedih yang seperti ini. Kalau boleh benda-benda macam inilah yang kita semua perlu elakkan," katanya lagi.


Selepas menenangkan dirinya untuk seketika, Darling menyambung, lagi, dia sudah tidak dapat berbuat apa-apa bila kes membabitkan tangkap khalwat Memey dan Norman itu 'terbarai'.


"Memey sendiri yang ambil keputusan untuk membawa haluannya sendiri selepas 2 tahun tinggal dan menetap bersama dengan saya dan pada waktu itu saya sudah tak dapat menahan lagi kehendaknya sebab dia bersungguh-sungguh beri alasan untuk hidup sendiri, mahu berdikari.


"Padahal dalam usia yang terlalu mentah dan muda seperti itu, dia tidak harus dibiarkan seperti itu. Andaikata ibu bapa dia hubungi saya dan tanya saya, saya akan beri nasihat pada mereka supaya selamatkanlah Memey.


"Kalau Memey pula yang datang pada saya, saya akan cuba bantu dia dengan memberikan segala nasihat yang perlu untuknya," kata Darling.


[ ... ]

Jangan Lariiiiiiiiii.......... TAG ANDY????

Let's see how much you remember and how much you regret...

1. Who were your seatmates?
Siapa ah... knapa aku boleh lupa ni.... eeeeeee aku lupa lah sapa nama budak tu...

2. Still remember your English teacher?
Madam Sarah Aziz... ala adik dia pemberita TV3, ramai lagi lah tp aku lost memori

3. What was your class name?
~ 5 IBNU RUSYD... err btl ka... weiiiiiiiiiiiiiii knapa aku lupa ni

4. Who was your first love then?
Ntah... malas nak ingat...yang penting aku syg usu always

5. Made friend to the lower years?
Ramai

6. Had a boyfriend/girlfriend?
My Dear Usu

7. How was your table arrangement in class?
Berpasang-pasangan tp tulah aku lupa sapa duduk dgn aku

8. Made any enemies?
Ntah... biasalah mesti ada yg tak suka juga kan

9. What games did you play?
NI aku nak nyanyi lagu game yg aku sll dok main, "pindahkan tempat batu kecil ini, pindahkan tempat ke sana ke mari, si betina betelor, telornya tinggal satu, telor, telor, telor, telor...." err btl ka... mcm ada silap lah... time kami main game ni kan... tetiba ada pocong lah pulak kat skolah... muakakkakaaka

10. Did you buy your lunch?
ya selalu pegi kantin lah... aku beli air limaposen dengan nasi lemak letak sosej 1 winggit... kalau takder duit... duk minta makanan org... muehehhehe

11. Were you a party animal?
Nope

12. SKIP CLASSES?
Kat skolah aku x skipp kelas... tp skipp prep...kalau skip kelas pon sdh tentu aku di hospital lah tu... muehehehhehe tp kat unibesiti ni rajin aku skip2 kelas pastu ikut kelas lain... kunun nak qada kelas...

13. Did you get suspended/expelled?
Nope

14. Can you sing the School song?
Ala time tu tiada lagu skolah lah... x tau lah time ni aku x pernah dgr khabar skolah tu lagi... yg aku tau cikgu2 aku dulu semua dah pindah2... dah takder sapa dah aku kenal at sana

15. What was your favorite subject?
Math... mmg gila math... aku kalau subject lain mmg ngatuk... tp kalo math... x pernah ngatuk... TQ CIKGU ZAHARI... mana lah sdh cikgu zahari skrg ni... last aku jumpa dia time kat Klate dulu... rasa dia dah pindah kat klate kot....

16. What was your school's full name?
~ Sekolah Menengah Agama Inanam

17. Did you go to the dances?
Muakakaka manada dance2... bernasyid jer keje aku kat skolah

18. Where did you go most often during breaks?
Kantin ngan Dewan Makan... maklumlah TONG

19. If you could go back in time and do it all over, would you?
Memang best sgt time skolah menengah... aku rasa kalau masa boleh diputar dan di belit... harus aku lebih bersungguh2 blaja

20. What do you remember most about 5th year?
Aku rasa 5th year aku baru nak pindah campus kat KL... tapi paling best time form 2, 3, 4, 5... errr semualah... form 1 pon best juga

21. Worst memory in 5th year?
Malas nak kenang... takyah ingat yop...


22. Tag di hadiahkan kepada rakan2 blogger yang glemer

OKFIND

NEBES

MR LOVES

ADRIANA07

WANNZ




[ ... ]

31 October 2008

Hati Abby Sudah Tertutup????


KUALA LUMPUR, 31 OKT 2008: Isteri kepada pelakon Norman Hakim, Abby Abadi atau Arbaieyah Abdul Manan, 30, berkata bahawa hatinya hancur berkecai selepas mengetahui kesahihan berita Norman dan Memey ditangkap khalwat daripada mulut suaminya itu sendiri.


Demikian kata Abby dalam laporan kepada Harian Metro, hari ini.


"Saya tak mahu terbabit dalam peristiwa yang berlaku terhadap suami saya (Norman Hakim). Itu masalah dia, jadi biarlah dia selesaikan sendiri.


"Walaupun dia ingin menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi pada malam itu (semalam), saya tak mahu ambil tahu," katanya.


Ketika dihubungi, Abby berkata dia mengetahui Norman ditangkap kerana disyaki berkhalwat apabila menerima kiriman SMS daripada seseorang.

"Selepas membacanya, saya terus menghubungi Norman untuk mengetahui kebenaran cerita itu. Norman beritahu ia benar dan ingin berjumpa saya. Walaupun hati saya hancur berkecai dengan pengakuan Norman, sebagai isteri saya menemuinya untuk memberi sokongan. (Abby tetap beri sokongan... kesian Abby)


"Tetapi fikiran saya buntu dan sangat terguris. Saya tak tahu nak kata apa lagi. Saya sudah tak kuasa lagi memikirkan apa yang akan berlaku kepada rumah tangga kami selepas ini.


"Sebelum kejadian, ramai orang bercerita mengenai hubungan Norman dengan Memey. Tetapi selagi saya tak melihat dengan mata sendiri, saya tak mahu mempercayainya.


"Apabila berlaku kejadian ini, saya tak menyangka ia akan terjadi sehingga ke tahap ini. Sewaktu saya bertemu Norman, dia cuba menjelaskan apa yang terjadi tapi saya tak mahu tahu.


"Sekarang biarlah dia selesaikan kesnya dengan Memey. Selepas itu, saya mahu dia selesaikan hal rumah tangga kami pula. Apa yang dapat saya katakan buat masa ini, hati saya sudah tertutup untuknya," kata Abby.

Sumber: Murai.Com


[ ... ]

Al-Fatihah...

(Gambar Hiasan)


Hello... salam... pagi2 lagi aku bgn tekejut harini... mak abg dah kembali ke Rahmatullah... arwah menghembuskan nafas terakhir jam 4 pagi tadi... abg dpt berita ni pon dalam jam 6 pagi... mungkin keluarga di sana terlalu sedih dan tidak sanggup untuk menyampaikan... bg aku mmg susah mengalami situasi ni, sbb aku pon pernah juga mengalaminya bezanya time tu aku baru 9 tahun... pemergian arwah adik Atherah masih segar dlm ingatan... mungkin abg sgt terasa kehilangan sbb abg dah takder sapa2 melainkan adik beradik saja... ayah dgn mak dia dah pegi buat selamanya... x mungkin akan kembali... yang kami kesal... aku tak pernah jumpa mak abg... smpi dia meninggal pon aku tak dpt nak ziarah.... arwah tahu ttg aku... tp aku belum bersedia nak jumpa... bg aku kalau nak jumpa biarlah aku btl2 dah ada ikatan dgn abg, itu prinsip aku... aku kesal pasal tu... kalau tak dr dulu lagi aku dah boleh kenal2 dgn mak abg... betambah2 sedih lagi bila abg tak dpt flight awal... jam 2 ptg br dpt fly ke sabah... tak tau lah kalau sempat jumpa jenazah sebelum kebumi... harap2 abg sempat menatap wajah arwah sebelum dikebumi... lagi aku tambah kesal, pasal abg salahkan diri sendiri sbb tak dpt jaga arwah sepenuhnya... abg rasa bila dia jaga mungkin arwah boleh hidup lebih lama.... aku x dpt tahan sedih pasal tu... tp aku nasihatkan abg supaya dia x salahkan diri dia... sbb ajal maut itu ketentuan yg esa... apalah yg kita mampu buat... hnya masa boleh redakan perasaan abg... aku harap abg redha... bnykkan doa... mungkin ada hikmah di sebalik pemergian arwah... time raya haritu abg jaga arwah sepenuh masa, abg ada ckp dgn aku ttg kondisi arwah yg tenat dan abg kata mungkin inilah raya terakhir abg dengan arwah... apa lagi aku nak kata... sudah suratan luh mahfuz... sdh tertulis di situ... Al-Fatihah buat arwah... semoga rohnya dicucuri rahmatmu ya Allah... Ameen...
[ ... ]

30 October 2008

Norman Hakim Di Tangkap Basah


Abby Bersama Family... Sedih Aku Tgk Yop... Kesian Kat Anak2... Tabahkan Hati Abby... Ingat Allah Selalu...

Memey Suhaiza
Ni prempuan jenis apa... aku pon tak tau lah... ada akal letak kat tapak kaki kot... sorry to say lah mcm ******

KUALA LUMPUR, 30 OKT 2008 : Pelakon siri Gerak Khas, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, telah ditangkap khalwat bersama pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20 di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang, awal pagi tadi. Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Hidayat B. Abd. Rani, berkata pelakon lelaki dan pasangannya itu ditahan pada jam 3 pagi oleh 5 anggota penguatkuasa JAIS dan 2 anggota polis. “Pihak kami telah mendapat aduan daripada orang ramai sebelum membuat serbuan ke atas premis tersebut. Pada mulanya mereka enggan membuka pintu sehingga berjaya mendapatkan kunci daripada seseorang. “Apabila masuk kedalam ruang pejabat itu, kami telah bertemu dengan wanita itu manakala Norman sedang menyorok di bahagian belakang. Ketika itu kedua-dua mereka berpakaian lengkap. "Mereka berdua didakwa di bawah Syeksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 atas tuduhan berkhalwat,"

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superitendan Amiruddin Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.

"Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut," katanya.

Norman adalah suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002 dan pernah berpisah buat seketika pada Mei 2006.

Baru-baru ini, Norman dilaporkan tidak pulang ke rumahnya pada Ramadan lalu tetapi menafikan rumah tangga dengan Abby sedang bergolak kencang...

Doakan yang terbaik buat Abby dan anak2nya...

[ ... ]

29 October 2008

Abby Abadi Wanita Tabah???

Hello... Salam... hehehe... harini aku hapdet pasal Abby Abadi lagik... sebenonyer aku harap lah abby dan norman boleh duduk berbincang sama2... setel kan problem... lg susah kalau problem ini org luar campor gitew... nak2 org luar yg suka tgk badai terhempas kan... Norman... pleazzzzzz do sumting dengan mahligai yg di bina... kesianlah kat anak2 tu... jgn ingat kita org dewasa jer boleh stress yop... anak2 juga boleh stress... (pesan mak aku kat kakak2 aku yg dah kawen... jgn begaduh depan anak2 lebih2 lagi anak2 yg masih kecil... sbb mereka faham dan ada yg mereka pendam nnti) Abby... jgn terlalu emosional bila berdepan dgn Norman... Pleasss sabar dan tenang... pasti ada jalan penyelesaian... solat hajat jgn tinggal Abby... beginilah lumrah kita sebagai hamba Allah... sentiasa saja diuji... diuji itu kerana Allah tahu kita mampu menyelesaikan ujian itu... Allah uji kita kerana ingin melihat kemantapan iman dalam diri kita... sama2 kita berdoa dengan mahligai Abby dan Norman... apa yg mampu ku lakukan hnya berdoa... sebagai saudara sesama muslim...

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN
fadzilah.bahar@utusan.com.my


Abby mengakui, hatinya benar-benar terluka mengenangkan sikap suaminya.

Enggan berbicara lanjut mengenai hubungannya dengan Norman, dalam nada suara bergetar Abby berkata: "Sudah tentu saya bersedih. Saya tak mahu perkara ini (ujian rumah tangga) berlanjutan."Saya takut dengan kehilangan dia (Norman) tapi saya bersyukur kerana masih ada anak-anak dan keluarga yang banyak memberi kekuatan kepada saya," katanya yang masih lagi dalam tempoh berpantang anak ketiganya. (Norman,,, Abby masih lagi dlm pantang... mestilah emosi terganggu... kesian lah kat Abby)

Merungkai perasaan dan hatinya seorang wanita ketika ini yang sedang melalui liku-liku perit dalam kehidupan, Abby mengakui, dia tidak mahu berada dalam situasi sebegini.

"Saya tak boleh berada dalam keadaan begini. Saya harap akan ada jalan penyelesaian untuk kami berdua.

"Kalau saya dibiarkan terlalu lama mungkin saya akan ambil tindakan sendiri," (Pleaz Abby cari jalan penyelesaian dulu... fikirkan anak2) katanya yang tidak pernah lupa memanjat doa kepada Yang Maha Esa memohon diberikan kekuatan menghadapi dugaan hidup ini.

Namun ibu kepada tiga cahaya mata comel ini berkata, segala apa yang sarat ditanggung tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

"Saya yakin dengan kuasa Tuhan dan saya sudah bersedia untuk berdepan dengan segala-galanya," (Jangan mengalah Abby... wish u all the best... ingat kebahagiaan dan masa depan anak2 yg shomel2 itu) luahnya jika dulu apa yang berlaku melemahkan dirinya namun kini dia sudah lali dengan semua ini.


[ ... ]

28 October 2008

Abby Abadi & Norman Hakim...

Hello... Salam... lama juga tak hapdet blog ya... takder idea lak nak hapdet... jumpa crita panas ni... ada lah bahannya kan... x tau lah kalau cukup perasa... muehehehe... honestly aku x suka crita rumahtangga terhempas badai ni... x bagus lah yop... dah ko kawin haritu kemain lagi meriahnya... blanja jgn ckplah beb... bnyk tuuu... anak pula shumil2... fikir2kanlah... sll kalau becerai berai ni org prempuan lah yg di salahkan... putus tunang??? org prempuan juga yg kena... (sepanjang pernilaian aku kat porem2 artis)... as for me... walaupon lom kawen... sebagai suami atau isteri... apa salahnya berkorban sikit untuk anak2... fikirkan masa depan durang2 itu... dulu kawen pon atas dasar centa bukannya di paksa atau di bomoh kan... nah... ingat lah memori2 indah time doulu2 itu atau pi honeymoon balik kah... kan.... ssh nak kawen tu yop... blanja mahal yop.... ingat skit... apa2 pon aku doa kan yg terbaekkk untuk abby dan norman... wa minat abby ni dr skolah lagi... Doa bnyk2 ya Abby... tenang2 kan hati... bnyk baca Quran...




Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya berdiam diri bukan kerana mahu menghukum, tapi apa gunanya jika pulang ke rumah hanya untuk bergaduh,” kata aktor popular, Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, atau Norman Hakim mengenai rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak.

Penjelasan diberikan Norman selepas desas-desus mengatakan pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Pasrah itu tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.

Ketika ditemui pada majlis cukur jambul anak ketiganya, Maria Danisha Hakim, satu bulan di sini, kelmarin Norman berkata, pada 1 Syawal lalu, dia pulang untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarganya.

“Pada hari raya kedua pula saya harus berkejar ke Melaka kerana menjalani penggambaran drama Batu Belah, dan selepas itu ada beberapa lagi projek yang harus diselesaikan di luar daerah menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk pulang,” katanya

Norman turut memberi penjelasan mengenai gosip panas yang mengaitkan dirinya kononnya bernikah dengan seorang wanita di wilayah selatan Thailand.

“Isu saya bernikah lain tidak seharusnya ditimbulkan jika tiada pihak dapat memberikan bukti. Kalau benar mereka ada salinan surat pernikahan saya, kenapa tidak tunjukkan kepada saya sekarang,” tegas pelakon kacak itu.

Pelakon yang turut popular menerusi drama bersiri Gerak Khas itu berkata, dia berasa tertekan apabila masalah dihadapi dengan isterinya yang juga pelakon terkenal Arbaieyah Abdul Manan, 30, atau Abby Abadi menjadi perhatian media.

“Beginilah... apa yang boleh saya katakan, dalam kehidupan berumah tangga pasti ada pasang surutnya. Ibarat kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Namun, ia tidak bermakna masalah yang kami hadapi tidak boleh diselamatkan lagi.

“Sebagai suami, tidak seharusnya hal rumah tangga diceritakan kepada orang luar. Selagi saya boleh tangani, saya akan berusaha memperbaikinya.

“Saya tahu sebagai artis, ini antara harga yang harus saya bayar tapi ia ada hadnya. Apa pandangan keluarga dan ipar duai apabila cerita yang bukan-bukan mengenai diri saya digembar-gemburkan di dada akhbar. Bukankah ia kurang manis?” katanya lagi.

Pada waktu sama, Norman menegaskan dia akan memastikan masalah dihadapi diselesaikan dalam waktu terdekat dan tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan sehingga bercerai pada 5 Mei 2006 dan rujuk kembali seminggu selepas itu.

“Saya tidak akan sia-siakan rumah tangga kami dan itu janji saya. Cukuplah dengan apa yang pernah kami alami sebelum ini dan saya tidak mahu ia berulang. Saya tidak pernah meminggirkan keluarga, apatah lagi tiga anak saya sedang membesar memerlukan perhatian penuh daripada ibu bapa,” katanya.

Sementara itu, Abby memberitahu, sebagai isteri dia berasakan dirinya seperti tidak diperlukan lagi kerana sudah lama dibiarkan.

“Saya tidak boleh bertahan apabila berada dalam keadaan seperti ini. Segalanya harus saya lakukan sendiri termasuk menguruskan keperluan keluarga.

“Mungkin semua yang berlaku ini kerana kesilapan saya. Kalau itulah sebabnya, saya mengaku dan terima. Kelemahan saya mungkin sebagai manusia biasa saya tidak boleh menjadi yang terbaik untuk dia (Norman),” katanya.

Kata Abby lagi, tindakan suaminya berdiam diri sehingga sanggup meninggalkannya sendirian tidak akan dapat menyelesaikan masalah dihadapi.

“Pada saya apa yang dilakukannya satu kesilapan kerana saya dapat rasakan kami sudah semakin jauh dan menjadi seperti orang asing. Sepatutnya masalah yang berlaku diselesaikan secepat mungkin kerana apabila dibiarkan ia akan menjadi bertambah buruk,” katanya.

Apabila ditanya adakah pergolakan berlaku disebabkan dakwaan Norman menjalinkan hubungan dengan wanita lain termasuk pelakon baru, Suhaiza Suhaimi atau Memey dan gambar suaminya bersama wanita lain tersebar di Internet, Abby berkata:

“Saya sendiri keliru kerana terlalu banyak sangat perkara mengenainya diperkatakan, namun tiada satu pun bukti kukuh diperoleh.”


[ ... ]

26 October 2008

BREAST CANCER AWARNESS

Rules :

Put the logo in your blog


Add a link to the person who shared it with you

http://eleza737.blogspot.com/


Nominate at least 7 other blogs

* WANZ

* PIJABEM

* RYO

* TEMAH

* ANDYSAHLAM

* PHYD

* LYANA

* USU

[ ... ]

Silalah Jamu Selera...

Hello.... Salammmm... lama pulak x hapdet blog... esok bersamaan hari ahad 26 okt 2008, silalah dtg rumah aku... ada open hos... ni ajak2 ayam jer... kalo nak dtg cari lah rumah aku smpi dpt... muehehhehehe... kalo jumpa mmg salute lah... semlm aku x tidooo gi turun cyber men The Sims... ni pon blom ckup tido... tp hati aku tak dpt nak tido... nak men jugak the sims... haiyoooo di mana lah aku leh dpt cd pirate the sims ni....eeeeeeeee oklah itu jer kot... gamba2 takder yop... sekian makaseh...
[ ... ]

Blog Archive

 

©2009 Welcome To My Life | by TNB