About Me

My photo
Happy go lucky person, very shy-shy gurl, very tong-tong gurl, have a million dreamz...and I hope my dreamz will be come true...

Sejuta Cinta

28 November 2008

Saiful Nafi Sakit Kelamin


KUALA LUMPUR - Desas-desus mengenai dakwaan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan sakit sejak dua bulan lalu akhirnya terjawab semalam.


Mohd. Saiful, 23, menyangkal tohmahan yang dibuat ke atas dirinya seperti yang tersebar dalam laman web serta khabar angin yang menyatakan dirinya terlantar sakit, lumpuh dan menghidap penyakit kelamin serta meninggal dunia baru-baru ini.


"Itu semua tidak benar dan merupakan fitnah serta satu pembohongan besar yang direka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


"Saya ingin tegaskan keadaan kesihatan saya sangat baik tidak seperti yang difitnahkan dan sentiasa berdoa kehadrat Allah S.W.T agar kebenaran dapat ditegakkan," katanya dalam satu kenyataan ringkasnya kepada media di pekarangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam.


Beliau dilihat hadir ke pejabat Jawi kira-kira pukul 11 pagi semalam sambil ditemani oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim serta peguam, Zamri Idris.


Mohd. Saiful memakai kot dan berseluar hitam serta bersongkok kemudian dilihat memasuki pejabat Jawi sebelum keluar dan mengadakan sidang akhbar.


Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan kehadirannya ke pejabat itu, sebaliknya hanya ingin menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan selama ini.



Sumber Kosmo Online




[ ... ]

25 November 2008

Kes Cerai Bell Ngasri: Farah Putri Mahu Undur Diri



KUALA LUMPUR - "Saya undur diri dan tidak akan menjalinkan hubungan dengannya lagi."
Demikian kenyataan balas pelakon Farah Putri Mulyani Jasman Nada, 22, yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon Nasrizal Ngasri hingga menjadi punca perceraian Nasrizal dengan isterinya Nur Farhana Mahamad Fauri.


Menurut Farah, ketika dihubungi Kosmo! semalam, dia tidak mahu memanjangkan isu yang mengaitkan dirinya dengan keretakan rumah tangga Bell dan isterinya.


"Saya sudah malas, saya cuma ingin minta maaf kepada semua pihak terutamanya Bell, isteri serta keluarga mereka kerana kenyataan saya sebelum ini.


"Saya tidak pernah bermaksud untuk melukakan hati mana-mana pihak. Kalau masih ada rasa sayang antara mereka dan Bell mahu rujuk semula dengan isterinya, itu satu perkara yang bagus, nampaknya dia sedar kesalahannya dan mahu pikul tanggungjawab tersebut," katanya.



Sumber Kosmo Online





[ ... ]

Bell Ngasri sah Cerai Talak Satu



KUALA LUMPUR 24 Nov. - Pelakon Nasrizal Ngasri yang lebih popular dengan nama Bell, sempat terlena sebelum Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mensabitkan jatuh talak satu berhubung lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada isterinya, Nur Farhana Mahamd Fauri.


Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad Zin memutuskan demikian selepas berpuas hati mendengar penjelasan dan pengakuan Nasrizal sebagai pengirim SMS tersebut.


Nur Farhana, 26, selaku plaintif telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengesahan lafaz cerai Nasrizal, 28, yang dibuat menerusi SMS pada pukul 3 petang, 22 Oktober lalu.


SMS tersebut berbunyi: ''Aku ceraikan kau. Thank you. Selamat berjaya.''


Terdahulunya, Nur Farhana yang duduk di galeri awam berjalan menuju ke arah hakim ketika kes mereka berdua disebut pada pukul 10 pagi. Dia bagaimanapun sambil tersenyum berpatah semula ke belakang untuk mengejutkan suaminya yang nampak keletihan hingga terlena.


Hakim: ''Kamu tidur di belakang? Ini kes cerai. Kes serius ni. Kamu sudah terjagakah?''


Nasrizal: ''Sudah.''


Ketika disoal hakim mengenai lafaz cerai tersebut, Nasrizal menjelaskan bahawa selepas menghantar SMS, dia telah menghubungi plaintif untuk bertanya sama ada isterinya sudah menerima SMS tersebut. Kandungan SMS tersebut dibacakan sekali lagi oleh Nasrizal seperti yang diarahkan mahkamah.


Hakim: ''Apa puncanya? Ada orang ketiga?''


Nasrizal: ''Tiada. Tetapi ada berlaku perselisihan faham. SMS. Saya buat penggambaran tetapi orang cakap saya ada di tempat lain. Isteri pulak tidak mahu menerima penjelasan saya.''


Nasrizal juga ketika disoal hakim mengesahkan bahawa perkataan 'aku' merujuk kepada dirinya manakala 'kau' pula membawa maksud isterinya.


Menyentuh soal penggambaran, Nasrizal memberitahu dia terlibat dalam penggambaran drama di lokasi pada hari SMS itu dihantar.


Nur Farhana pula ketika ditanya di mana suaminya berada pada hari penerimaan SMS itu, memberitahu yang dia tidak tahu tetapi mungkin Nasrizal berada di Negeri Sembilan.


Plaintif juga tidak ingat sama ada dia berada dalam keadaan suci ataupun tidak kerana baru habis tempoh berpantang selepas bersalin anak mereka yang pertama.


Nasrizal turut memberitahu tidak pernah membohongi isterinya, sebagai contoh memberitahu dia berada di tempat lain tetapi sebenarnya dia ketika itu berada di Kuala Lumpur.


Hakim juga bertanya: ''Ada orang nampak kamu di tempat lain. Betulkah?''


Dengan spontan Nasrizal menjawab: ''Pelanduk dua serupa. Banyak sangat kembar saya.''


Hakim: ''Biasalah awak artis. Ke mana pun orang kenal. Ada apa-apa yang awak nak cakap mengenai lafaz? Setuju? Betulkah lafaznya?''


Pada tahap ini, Nasrizal dilihat termenung seketika sebelum mengesahkannya.


Hakim berkata: ''Sabit jatuh talak satu kali pertama dengan jumlah satu talak dengan lafaz seperti yang terkandung dalam SMS. Ini kerana, defendan mengakui SMS datang daripadanya dan menggunakan telefon bimbitnya pada 22 Oktober lalu.''


Sejurus kemudian hakim menambah: "Masih ada peluang untuk rujuk semula. Jika hendak rujuk semula, sama-samalah ke pejabat agama. Rujuk di hadapan pegawai agama. Kes ini selesai.''


Sementara itu, ketika ditemui media di luar mahkamah, Nasrizal mengakui kesilapan dirinya.


''Saya tidak berapa pandai dalam benda-benda ini. Apa yang saya cakap semua itu pengalaman dan pengajaran buat saya kerana tidak belajar tentang ilmu kehidupan.


Ditanya sama ada kemelut rumah tangganya disebabkan pihak ketiga, Nasrizal menegaskan: ''Tidak ada pihak ketiga. Kalau saya buat silap dan menyinggung perasaan orang lain, saya minta maaf banyak-banyak.''


Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

Utusan Online & Kosmo Online



[ ... ]

Michael Jackson Peluk Islam


GAMBAR fail ini menunjukkan Michael (tengah) menutup seluruh tubuhnya dengan pakaian tradisional Arab di Manama, Bahrain pada 25 Januari 2006.


LOS ANGELES - Raja pop, Michael Jackson memeluk agama Islam dalam satu majlis di rumah seorang rakannya di Los Angeles, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah akhbar melaporkan penyanyi berusia setengah abad yang sebelum ini menganuti mazhab Kristian Jehovah's Witness itu menukar namanya kepada Mikaeel.

Michael yang digelar Jacko kerana perangainya yang pelik duduk di atas lantai berdepan dengan seorang imam dalam majlis tersebut.

Penyanyi yang merupakan antara terhebat sepanjang zaman itu memeluk Islam beberapa hari sebelum dia dijadualkan menghadirkan diri di Mahkamah Tinggi London.

Penyanyi di mana album lebih 750 juta unit terjual di seluruh dunia itu disaman oleh putera kedua Raja Bahrain kerana gagal menghasilkan album selepas menerima wang pendahuluan miliknya.

Satu sumber memberitahu bahawa majlis itu berlangsung pada minggu ini sewaktu Michael merakamkan album terbarunya di rumah seorang pemain keyboard yang menggubah muzik untuk album Thriller, Steve Porcaro.

Bintang yang memiliki banyak lagu popular termasuk The Way You Make Me Feel itu dilihat agak muram sebelum dua rakannya yang telah memeluk Islam memberikannya nasihat.

Pencipta lagu dari Kanada Michael, David Wharnsby dan penerbit album, Phillip Bubal, dilihat berada bersama-sama Michael sepanjang majlis itu berlangsung.

"Mereka mula menerangkan kepada Michael mengenai Islam dan bagaimana kehidupan mereka berubah menjadi lebih baik selepas memeluknya. Michael lebih tenteram selepas itu," kata sumber berkenaan.

"Seorang iman dipanggil dan Michael kemudian melafaz dua kalimah syahadah," tambahnya.

Kata sumber berkenaan, Michael memilih untuk menggunakan nama Mikaeel iaitu salah satu malaikat dalam Islam dan menolak satu lagi nama yang diberikan kepadanya iaitu Mustafa yang bermaksud orang yang terpilih.

Turut berada dalam majlis untuk bersama-sama meraikan detik bersejarah saudara baru itu ialah penyanyi Yusuf Islam, 60 yang dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens.

Pada tahun lalu, seorang abang Michael, Jermaine Friday berkata, penyanyi itu menunjukkan minat untuk mendalami Islam sejak dia memeluk ajarannya pada tahun 1989.

"Sekembalinya saya dari Mekah saya memberikan sejumlah buku mengenai Islam dan dia bertanyakan banyak soalan mengenai ajaran tersebut dan saya memberitahunya ia sesuatu yang indah dan mententeramkan," jelas Friday.

"Michael membaca semua buku yang saya berikan dan dia berbangga kerana saya menemui sesuatu yang memberikan ketenangan dan kekuatan diri," tambahnya.

Friday memberitahu, berdasarkan minat mendalam yang ditunjukkan oleh saudaranya itu dia percaya bahawa Michael akan memeluk Islam pada suatu hari nanti.

"Banyak yang boleh dia (Michael) lakukan bagi memperbaiki diri seperti yang saya lakukan," ujarnya.



Sumber Kosmo Online




[ ... ]

23 November 2008

QUARANTINE



Messssssss.... menyesal tgk filem ni... jadi aku x nak suggest lah sesapa tuk tgk filem ni... messsss... sggh x best dan buat pening kepala.... jalan cerita dah ok... cuma camera dia kononnya nak buat mcm real tp ya ampun sakit mata tgk... so jgnlah tgk filem yg sggh mess ini...







[ ... ]

Blog Archive

 

©2009 Welcome To My Life | by TNB