Haaa ini bukan diskriminasi atau taksub ya... hnya menyedarkan saudara2 seagamaku..aku x kisah kalau ada kwn2 seugamaku berckp2 blakang atau berym2 mengenai entry ini... bukan entry sekadar hiasan... tp jadikan entry ini sesuatu yg boleh di ingati... dan sama2 kita sebarkannya... jgn jadikan perkara yg paling merepek ini menjatuhkan maruah agama kita... sesungguhnya mindamu sdg dan sdh di jajah... Wallahua'lam...
A Kuwaiti parliamentary committee wants to ban Valentine’s Day celebrations, will meet the government on Wednesday to work out how to achieve its goal. Alangkah bestnya kalau Malaysia "NEGARA ISLAM" ini juga mengikut langkah Kuwait... fikir2kan...
Pandangan Islam terhadap perayaan Valentine Day telah jelas haram dan terkeluar dari syariat Islam. Juga jelas haram dan membelakangkan syariat Islam mengenai aktiviti para remaja yang ikut-ikutan merayakan ‘valentine day’ dengan membabi buta, disertai aktiviti campur baur antara lawan, jenis, dan perbuatan maksiat lain.
Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (daripada hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Maidah: 49)
Berkasih-sayang’ versi Valentine ini, haruslah diketahui terlebih dahulu hukumnya, lalu diputuskan apakah akan dilaksanakan atau ditinggalkan. Dengan melihat dan memahami asal-usul serta fakta pelaksanaan Valentine Day, sebenarnya perayaan ini tidak ada sangkut-pautnya sedikit pun dengan corak hidup seorang muslim. Tradisi tanpa dasar ini lahir dan berkembang dari segolongan manusia (kaum/bangsa) yang hidup dengan corak yang sangat jauh berbeza dengan corak hidup berdasarkan syariat Islam yang agung.
Jika kita fahami nas-nas syarak dengan lebih mendalam, akan kita dapati aturan yang tegas terhadap masalah ini, antara lain firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban.” (Al-Isra’: 36)’
Di sini amat jelas Valentine Day adalah budaya orang kafir, yang terang-terang kita dilarang untuk mengamalkannya. Dalam hal ini, kita dilarang menyerupai budaya yang lahir daripada peradaban kaum kafir, yang jelas bertentangan dengan akidah Islam, sementara yang boleh diambil daripada semua orang (termasuk kafir) adalah dalam masalah teknologi, budaya yang tidak lahir dari pandangan hidup mereka; seperti bahasa asing, menanam padi yang baik, membuat kapal terbang, komputer, kenderaan bermotor, kereta dan lain-lian lagi bahkan kita dituntut untuk mendalami ilmu-ilmu tersebut.
Hal ini diperkuatkan dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk daripada golongan mereka.” (Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad daripada Ibnu Umar)
“Tidak termasuk golonganku orang-orang yang menyerupai selain golongan umatku (umat Islam).” (Riwayat Tirmidzi daripada Amru bin Syu’aib).
Maka, sangat jelas kita tidak dibolehkan ‘tashabuh’, menyerupai, meniru-niru cara hidup orang kafir yang lahir dari pandangan hidupnya, sudah seharusnya kita tinggalkan semua budaya kufur tersebut jauh-jauh.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa melakukan amalan yang tiada didasari perintahku (Quran dan Sunnah), maka amal perbuatannya tertolak.” (Riwayat Ahmad)
Sesungguhnya, ikut merayakan hari ‘valentine’ adalah tindakan tercela, dan haram bagi kaum Muslimin untuk merayakannya.
Valentine sendiri akar kemunculannya daripada orang kafir, Barat, lebih-lebih lagi kemunculan tersebut berasal daripada budaya Yahudi
Maka sudah sepatutnya kaum muslimin wajar meninggalkan hal tersebut.
Sumber: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Sumber: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia