Kemuncak ketegangan rumahtangga pendakwah bebas dan penyanyi Akhil Hayy sampai ke penghujungnya hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh jam 10.25 pagi.
Kes menuntut 'kebenaran cerai' yang dikemukakan oleh isteri Akhil, Maizawati Zainal, 33 telah didengar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Mohd Ridhuan Yusof.
Maizawati diwakili dua peguam Azmi Rais dan Zulkifli Che Yong sementara Akhil pula tidak diwakili mana-mana peguam.
Perbicaraan di dalam kamar itu sepatutnya didengar pada jam 10 pagi tetapi tertangguh selama 25 minit kerana menantikan kemunculan Akhil yang akhirnya hadir bersama dua sahabat yang bertindak seperti 'pengawal peribadi'nya.
Hubungan kedua suami isteri ini kelihatan agak dingin apabila masing-masing tidak bertegur sapa dan bertanya khabar.
"Kehilangan' Akhil selama 3 bulan dari rumah mereka juga tidak menampakkan apa-apa reaksi.
Maizawati membuat tuntutan cerai setelah suaminya Akhil Hayy tidak pulang ke rumah selama 3 bulan
Namun, sebagai seorang ayah, Akhil sempat melempiaskan rasa rindunya kepada anak bongsu mereka, Muhd Shatiri Hidayatullah berusia 2 tahun.
Maizawati, yang hadir bersama lima orang anak mereka, kelihatan agak tenang.
Kes yang berjalan lancar terpaksa ditangguhkan hingga 11 pagi dan bersambung selepas itu.
Walaubagaimanapun, disebabkan ada dokumen yang tidak lengkap untuk membuat urusan tuntutan, maka kes tuntutan cerai ini ditangguh ke 15 Julai.
Akhil kelihatan agak serius dan tidak begitu mesra. Setelah dikejar oleh beberapa wartawan akhirnya beliau akur untuk menjawab soalan yang diajukan.
"Saya tak nak bagi komen. Saya akan selesaikan dengan cara paling makruf. Saya akan buat yang terbaik dan telah dinasihatkan jangan perbesarkan isu ini," kata Akhil.
Namun di sebalik riak tenang di wajahnya, hos program 'Cafe Akhil Hayy' itu sempat juga memberi komen sinis..."Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV."
Kemelut rumahtangga Akhil-Maizawati menjadi perbualan hangat dua minggu lepas apabila Maizawati setuju membuat pendedahan keretakan rumahtangganya di dalam program 'Nasi Lemak Kopi O' dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 baru-baru ini.
Dalam kedua-dua program itu, Maizawati mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda. Justru katanya, dia memberi kebenaran Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu.
Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda kini apabila Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah. Maizawati berkata, dia hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media dan mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.
Apa pun, yang pasti pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Maiza telah menyebabkan kredibiliti suaminya sebagai pendakwah terjejas teruk.
Ini diakui sendiri oleh Akhil, apabila beliau dengan nada rendah diri berkata, "Kredibiliti dan imej saya sebagai pendakwah sudah terjejas," kata Akhil.
Ditanya samada beliau akan teruskan niat melepaskan Maizawati, Akhil berkata, "Saya akan cuba buat keputusan yang terbaik."
Maizawati telah membuat pendedahan tentang hubungan cinta suaminya, penyanyi Akhil Hayy dan Waheeda di stesen TV
Namun, pendirian Maizawati terhadap tuntutan cerainya jelas goyah.
Dia bagaikan bingung samada ingin meneruskan niatnya untuk membuat tuntutan cerai.
"Apa-apa pun tunggulah 15 Julai. Saya tak boleh cakap lagi. Ramai kawan-kawan yang nasihat jangan bercerai. Kata mereka kalau saya minta cerai, saya akan kelihatan seperti tewas..."
Bagaimana perasaan apabila ketemu semula suami selepas 3 bulan?
"No komen," kata Maizawati sambil tersenyum.
Beliau juga berkata dia tidak ada masalah untuk bersemuka dengan Akhil.
Harapan pada kes tuntutan cerai pada kes ini?
"Tak boleh bagi penjelasan lagi...," kata Maizawati.
Walaupun hakim memberi peringatan "Jangan sensasikan kes Akhil-Maizawati dan buat laporan untuk berita saja" - kenyataannya kisah rumahtangga personaliti seperti pendakwah terkenal Akhil Hayy dan dikaitkan pula dengan penyanyi Waheeda akan selalu menjadi berita panas yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka.

Credit To Mstar
SITI AZIRA ABD AZIZ
SITI AZIRA ABD AZIZ
Nota Kaki: Kesian tgk anak2 jadi mangsa pergolakan rumahtangga... kalau iya pun nak kawen atau bermadu selesaikanlah baik2... ini tak keluar gambar dekat pantai segala, x balik rumah smpi 3 bulan... dah tu ada pula anak yg dah besar2, yg dah bole mengerti... mesti malu... kalau nak menumpang kasih tu buat lah cara menumpang... ini tidak bole pula buat stetmen ala2 suci... tolonglah... kau ingat org bole lupa ka...lastly, besar mana pun gelora rumahtangga tu... jadilah seorang lelaki yg bertanggungjawab...
11 comments:
jgn salah kan sesiapa, kite tak tahu apa masalah org, jgn memandai2 bersyak wasangka, lebih baik jaga kain sendiri daripada jaga tepi kain org. tapi tak tahula kalau korang suka satu hari nanti berita camni terjadi pada diri korang disebar2 kan
Memang kahwin menakutkan.... gggggrrrr.... trauma... trauma...!
siok ba kawen zaza... cuma kena tau lah tanggungjawab masing2 sblom kawen...
fazrin, aku x syak lah... dah mmg dia x balik 3 bln... ko x blaja agama ka bro... manusia semua ada masalah... hatta kau tu alim macam mana pun mesti Allah duga kau... jadi jgn lari dr masalah bro... nak kawen... kawen lah, tp tanggungjawab kau letak kat mana... x kan dekat istri sorang jer... llki x matang punya stetmen lah bro...
bagus jg kes mcm ni tebarai dekat umum.... atlis aku tau apa nak buat kalau apa2 jadi kat aku kemudian hari... Allah sentiasa menduga...
bagi wanita2 ni..bila ada laki atau hidup dlm keadaan tiada desakan atau apa2..selalunya kita akan terbuai..masa tu semua rasa dah cukup....tu lah yang terjadi ..apabila ditinggalkan suami..baru tahu berdikari..baru tahu diri tu mmg cantik...baru tahu segalanya.....
pada akulah...si maiza ni bila rasa tertekan..dia mula pandang diri....dia ada rupa..selama ni dia sebagai isteri selebriti ..dia tak pernah nak ke depan...bergaya tak hengat ke...tapi bila hati dh sakit....baru mata terbuka luas...
tambahan suami dah tak jumpa lama...come on la...kita sendirik kalau tak jumpa hubby seminggu...macam elektrik ..zzzzzzzzzzz..terasa tau... ...panahan tu..rasa nak terkam wehhhhh ...mungkin juga bila bergaya....mana tahu bila akil tgk...rasa geram ker..rasa rindu ker....
btl tu anon
k k, tapi kita tak tau masalah sebenar dia org, tak kira la 3 bulan ke 10 bulan ke.kite tak tahu apa yg berlaku. k ar malas nak cakap, lantak dia org la, lagi pun kita tak layak menghukum
kita mmg x layak menghukum... artikel tu bukan nya dr aku pun... itu cuma fakta yg aku petik selepas selesai perbicaraan dorg... xkan x nmpk credit to siapa... aku x maki hamun pun kan... baca btl2... kalau maki then kau boleh maki aku balik...
mcm yg aku ckp semua org ada masalah tp jgn lari lah bro, bertanggungjawab sikit... kalau x suka ckp lah baik2 x suka... kalau masih syg jagalah elok2 bak kata maiza istrinya...
bukan semua org perfect kan... aku x salahkan sebelah pihak saja... dua2 pun salah... mcm yg ko ckp kita tak tau masalah sebenar...
perlukah aku menyebok pasal rumahtangga dorg atau lebih tepat mcm ko ckp jaga tepi kain sendiri... but i care lah bro... kesian kan tgk anak2 jadi mangsa...manalah tau terpujuk juga hati dorg bila mana ramai yg care... x nak perhubungan yg sdh 13 thn itu musnah... sebagai saudara seislam lah kan... x tau lah korg...
aku dpt rasa istri masih syg... masakan boleh benci serta merta kalau sdh menyulam kasih 13 tahun... kita doa sama2 lah kan... peace....
lor..memang nampak kredit tu.
aku pun xde maki2, xde kata kat ko pun. aku cakap untuk semua, ko tgk ayat aku 'korang'
aku cakap ni umum, utk semua yg rasa suka bila rumah tangga org hancur.
k la fifi, minta maaf la, aku bukan marah ko, cuma aku kesian kat keluarga akil tu. cian dia org, bini dia tak patut bw benda ni ke media. patut terus ke makhamah.
baguslah jg dia bawa pegi mahkamah... atlis aku sbg prempuan tau apa nak buat kalau apa2 jadi kat aku nnti... trimalah hakikat yg dia tu artis.... kalau dah jadi public figure... pegi mana2 pun org akan tgk... kau buat salah sikit org akan tgk... dah kalau dia x nak berkomunikasi dgn bini dia... tu sbb bini dia bawa pegi media...
lg satu kalau ko nak tegur org yg suka tgk kehancuran rumahtangga org... ko pegilah forum mana2... rata2 ayat semua simpati saja dan kalau boleh x nak berpisah... sebg llki kau kena buka minda dan faham prempuan mcm mana...slagi kita ni manusia dan bukan binatang haruslah kita simpati...
yela2, ikut suka ff lah
Post a Comment