About Me

My photo
Happy go lucky person, very shy-shy gurl, very tong-tong gurl, have a million dreamz...and I hope my dreamz will be come true...

Sejuta Cinta

Showing posts with label End Of The World. Show all posts
Showing posts with label End Of The World. Show all posts

02 April 2009

KNOWING & 12 ROUNDS



Beberapa hari lepas aku gi tgk movie ni... best sgt... x rugi lah duit aku kan... mula2 gatal hati nak tgk talentime... tp takut x semegah yg di canang... jadi decide tgk knowing... insaf juga lah pas tgk sbb aku tau bumi dah nak tamat... erti kata lain qiamat... cuma ada lah seten2 part yg x seswai di tonton kanak2 (bukan lucah tp berkaitan akidah)... tp bg yg ada akal pikiran yg waras... pegilah tgk pilem ini... sgt best... x boring... akhir kata aku bg 10 bintang untuk pilem ini...


lepas knowing tgk crita ni pula... eksaited jg nak tgk crita ni sbb ada john cena... tp malangnya ada lah part2 yg membosankan... dlm 10 bintang hnya 6 bintang saja yg aku nak bg... apa2 pon aku mmg suka movie jenayah2 dgn bencana alam... ada kelapangan lg aku nak sgt tgk taken... katanya box opis di AS... walaupon crita lebih kurang 12 rounds... tp aku nak tgk juga apa yg best sgt tu... sekian...




[ ... ]

05 February 2009

Takutlah Hari Yang Akan Datang Itu...

Al-Qiyamah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani





Allah Berfirman:

Aku bersumpah dengan hari kiamat; (1)
Dan Aku bersumpah dengan
"Nafsul Lawwaamah"
(bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati) (2)


(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga dia tidak mengakui adanya hari kiamat). (5)

(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat):
Ke manakah hendak me
larikan diri? (10)
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! (11)

Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang dia telah lakukan dan apa yang dia telah tinggalkan. (13)

Bahkan manusia itu,
(anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, (14)

Walaupun dia memberikan alasan-alasannya
(untuk membela diri). (15)


Sedarlah wahai orang-orang yang lalai.
(Sebena
rnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu)
bahkan kamu sentiasa mencintai
(Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. (20)

Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya). (21)

Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; (22)

Melihat kepada Tuhannya. (23)

Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh, (24)


Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati)
apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, (26)

Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata:
Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)? (27)
Dan dia sendiri yakin,
bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; (28)

Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih. (29)

(Maka) kepada Tuhanmulah pada waktu itu engkau dibawa
(untuk menerima balasan). (30)
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka dia tidak mengakui kebenaran
(yang diwajibkan meyakininya) dan dia tidak mengerjakan sembahyang
(yang difardukan mengerjakannya)! (31)


(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! (34)
Kemudian api Nerakalah lebih layak bagimu,
lebih layak. (35)




Surah Al-Qiyamah


[ ... ]

Blog Archive

 

©2009 Welcome To My Life | by TNB