Sejuta Cinta

14 November 2008

PENGKID: NGO Pertikai Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan

Pengkid Malaysia: Gambar Hanya Sekadar Hiasan
Ampunnnn... OKFIND

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Polis memberi amaran tindakan tegas akan diambil kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau 'pengkid.'


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tindakan sebahagian NGO mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan dan dikhuatiri mendapat tindak balas daripada masyarakat Islam di negara ini.


''Saya memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kerana ia membabitkan keselamatan dan ketenteraman awam.


''Fatwa itu dikeluarkan adalah untuk kemaslahatan umat Islam sahaja, oleh itu tidak wajar orang bukan Islam memberikan pandangan mereka membantah fatwa itu dalam keadaan mereka tidak terbabit dalam perkara tersebut,'' katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada hari kedua seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah Ke-10 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak dekat sini hari ini.


Baru-baru ini, NGO bukan Islam, Katagender dan Food-not-Bombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah keputusan majlis itu mengharamkan perlakuan 'pengkid'.


Pada 23 Oktober lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai 'pengkid'.


Fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam di negara ini semakin membimbangkan.


Dalam perkembangan lain, Musa menjelaskan, tindakan NGO tertentu yang mendakwa wanita kaum Penan didera secara seks oleh pekerja kayu balak di daerah Baram di Miri bermotifkan politik.


''Pasukan khas yang ditubuhkan pihak polis untuk menyiasat perkara berkenaan mendapati tidak ada kes rogol yang berlaku seperti didakwa,'' katanya.


Oleh ROHANI IBRAHIM dan MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK

Utusan Malaysia Online



No comments:

Blog Archive

 

©2009 Welcome To My Life | by TNB