Sejuta Cinta

10 November 2008

Kes Khalwat Norman Hakim: Tuala Lembab Jadi Bahan Bukti...



Kuala Lumpur:
Tilam toto, selimut dan tuala lembab dipercayai baru digunakan, antara bahan yang ditemui sepasukan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sewaktu membuat serbuan di pejabat pelakon Norman Hakim, 30 Oktober lalu.

Tiga bahan itu dikatakan ditemui di belakang sebuah kerusi di samping Memey di aras satu pejabat pelakon itu.

Semua peralatan yang ditemui itu akan dijadikan bahan bukti kes khalwat Norman Hakim dan Suhaiza Suhaimi dibicarakan di mahkamah.

Serbuan ke pejabat Norman, MDH di alamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada jam 2.30 pagi itu disertai lima Pegawai Penguatkuasa JAIS Daerah Gombak serta tiga anggota polis.

Bagaimanapun, jika pasangan itu berjaya menunjukkan sijil nikah maka tuduhan khalwat ke atas mereka ditukarkan kepada tuduhan bernikah tanpa izin di luar negara dan tetap dikenakan denda.

Norman dan Memey sebelum ini heboh dikatakan telah bernikah di luar negara. Bagaimanapun Norman menafikannya, malah mencabar kalangan yang menyebar berita itu supaya membuktikannya.

Sementara itu, seorang Pegawai Penguatkuasa JAIS Daerah Gombak yang menyertai serbuan ke pejabat Norman malam itu berkata, serbuan itu dilakukan atas maklumat seorang rakan baik bapa Norman sendiri.

"Rakan bapa pelakon itu telah menghubungi kami pada kira-kira jam 2 pagi, memaklumkan bahawa Norman telah memasuki pejabatnya dan disyaki pasangannya ada bersama," katanya.

Ketika pasukan penguatkuasa JAIS tiba, katanya, keadaan pejabat itu gelap dan mereka mendapati dua kereta dipercayai milik pasangan tersebut berada di hadapan pejabat.


"Setelah melihat kereta Proton Tiara dipercayai milik Norman Hakim dan Proton Pesona dipercayai milik Memey, kami mengesyaki pasangan itu berada dalam pejabat.

"Keyakinan kami semakin bertambah apabila lampu di sebalik tirai aras satu pejabat itu tiba-tiba di padamkan pada kira-kira jam 3 pagi," katanya.

Penguatkuasa itu berkata, mereka terus memasuki bangunan tersebut. Namun selepas setengah jam mengetuk jeriji pintu dan memberi salam meminta pelakon itu membuka pintu, pasangan itu masih berdiam diri.

Akhirnya pasukan penguatkuasa JAIS yang ditemani tiga anggota polis mengambil keputusan memecah kunci mangga jeriji pejabat itu, tetapi tidak sempat melakukannya kerana secara tiba-tiba abang Norman Hakim, Mohamad Sophee Zaidon, muncul membuka pintu berkenaan.

Difahamkan, Mohamad Sophee Zaidon menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Memey yang memaklumkan serbuan Pegawai Penguatkuasa JAIS ke pejabat Norman, pagi itu.

Sebaik memasuki aras satu pejabat Norman, anggota penguatkuasa JAIS mendapati Memey dalam keadaan terpinga-pinga. Memey ketika itu bertocang mengenakan baju serta berkot hitam katanya.

Ketika itulah penguatkuasa JAIS mendapati ada sebuah tilam toto belakang sebuah kerusi dan apabila tilam toto itu dibuka didapati ada kain selimut dan tuala lembab dalam keadaan berselerak dipercayai baru digunakan.

“Kami terus mencari Norman di aras satu tetapi beliau tidak ditemui sehinggalah kami menaiki tangga ke aras dua. Setelah puas mencari akhirnya kami menemui Norman menyorok di dalam sebuah bilik stor dan sebaik pintu stor dibuka Norman terus terjatuh,” katanya.

Menurut Pegawai Penguatkuasa itu Norman ketika itu hanya memakai kemeja T putih dan berseluar “BOXER” (seluar lelaki). Sewaktu disoal siasat, Norman dengan wajah terpinga-pinga menjelaskan dia tinggal di aras dua sedangkan Memey di aras satu, “Kami tinggal berasingan”.

Bagaimanapun selepas disoal siasat mendapati pasangan itu bukan suami isteri yang sah, kedua-duanya dibawa ke Balai Polis Taman Melawati kira-kira jam 3.30 pagi.


Laporan Dari: Zuraidah Abd Halim & Nurul Ida Abdullah
Mingguan Warta Perdana



11 comments:

suez said...

kah..kah..kah..

duhai jantan dan betina

:-#

Fifiey82 said...

adede.... kalau x mengaku juga test dna toto tu... muakakkakakak

suez said...

tup..tup..dna tu di pesongkan
pemiliknya yakni
pak anwar..wah!!

kah..kah..kah..

Fifiey82 said...

wakakakak gilak punya imagine....norman umno ka? muakakakkakakak

sixnebess said...

sepandai2 tupai melompat..x akan masuk olimpik juga.. :p

Fifiey82 said...

mmuakakakakak nebes

eleza737 said...

buduhhh punye norman..!!!!!! ~X(

Fifiey82 said...

bukan budus saja... ada lg eleja

mat rempit said...

sian bini anak2 dia..

BuahKranjiDalamPerahu said...

ohh idola ku....memey memey

Fifiey82 said...

muakakkakakak idola... gilakkkkk buat lawakkk lah tu....

hai rempit... jgn buat bini ko mcm tu erk rempit..

Blog Archive

 

©2009 Welcome To My Life | by TNB