Sejuta Cinta

31 October 2008

Hati Abby Sudah Tertutup????


KUALA LUMPUR, 31 OKT 2008: Isteri kepada pelakon Norman Hakim, Abby Abadi atau Arbaieyah Abdul Manan, 30, berkata bahawa hatinya hancur berkecai selepas mengetahui kesahihan berita Norman dan Memey ditangkap khalwat daripada mulut suaminya itu sendiri.


Demikian kata Abby dalam laporan kepada Harian Metro, hari ini.


"Saya tak mahu terbabit dalam peristiwa yang berlaku terhadap suami saya (Norman Hakim). Itu masalah dia, jadi biarlah dia selesaikan sendiri.


"Walaupun dia ingin menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi pada malam itu (semalam), saya tak mahu ambil tahu," katanya.


Ketika dihubungi, Abby berkata dia mengetahui Norman ditangkap kerana disyaki berkhalwat apabila menerima kiriman SMS daripada seseorang.

"Selepas membacanya, saya terus menghubungi Norman untuk mengetahui kebenaran cerita itu. Norman beritahu ia benar dan ingin berjumpa saya. Walaupun hati saya hancur berkecai dengan pengakuan Norman, sebagai isteri saya menemuinya untuk memberi sokongan. (Abby tetap beri sokongan... kesian Abby)


"Tetapi fikiran saya buntu dan sangat terguris. Saya tak tahu nak kata apa lagi. Saya sudah tak kuasa lagi memikirkan apa yang akan berlaku kepada rumah tangga kami selepas ini.


"Sebelum kejadian, ramai orang bercerita mengenai hubungan Norman dengan Memey. Tetapi selagi saya tak melihat dengan mata sendiri, saya tak mahu mempercayainya.


"Apabila berlaku kejadian ini, saya tak menyangka ia akan terjadi sehingga ke tahap ini. Sewaktu saya bertemu Norman, dia cuba menjelaskan apa yang terjadi tapi saya tak mahu tahu.


"Sekarang biarlah dia selesaikan kesnya dengan Memey. Selepas itu, saya mahu dia selesaikan hal rumah tangga kami pula. Apa yang dapat saya katakan buat masa ini, hati saya sudah tertutup untuknya," kata Abby.

Sumber: Murai.Com


4 comments:

eleza737 said...

sian abby..
td kat channel 9 ade interbiu die..

die ckp kalau bende dah jadik.. kalau halang mcmane pon tetap akan jadik..

die simpati ngan norman.. die ckp kalau normal tumpukan perhatian kat family.. jage family and x terpengaruh ngan anasir2 yg terjadik ni.. sure perkare mcm ni xkan jadi..

siut btol norman ni..
anak kiyut2.. kecik2 lagi tu..
tp x berhati perut... huwaaaaaaa...
aku plak yg sian..

panjang lebar plak.. sekian.. ;)

Fifiey82 said...

tulah ramei... aku pon kesian kat abby harap abby dpt teruskan hidup dia n jaga anak dia baik2... doakan yg terbaek sajalah

Sue Sham said...

kaedahnya mmg camtu lah bila iman dah nipis..minum air limau nipis ada gak pekdahnya...leh kuruskan badan..ngeh2..

Fifiey82 said...

muehehehhe pepo... tips bg aku kurus ka????

Blog Archive

 

©2009 Welcome To My Life | by TNB