Sejuta Cinta

04 November 2008

Norman Hakim & Memey Boleh Dipenjara Dua Tahun


SHAH ALAM: Pasangan pelakon, Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim, 32, dan Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, bakal berdepan hukuman penjara dua tahun jika sabit kesalahan selepas ditahan berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Jumaat lalu.

Kedua-duanya dijangka dibicarakan serentak di Mahkamah Syariah dalam tempoh sebulan selepas tarikh tangkapan tetapi tidak dapat dipastikan di mahkamah mana ia berlangsung.

Sumber Jais yang enggan dikenali, berkata mana-mana pasangan yang disabitkan terbabit dalam khalwat boleh didenda maksimum RM3,000 jika sabit kesalahan.

“Berdasarkan hukuman untuk kesalahan khalwat, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan boleh dihukum denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Hukuman berkenaan pula terpulang kepada hakim dan tidak semestinya jika ia kesalahan pertama maka hanya denda saja dikenakan,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Norman dan Memey ditangkap khalwat sepasukan penguat kuasa Jais yang menerima maklumat awam berkaitan kedua-duanya ketika berada di pejabat pelakon lelaki terbabit di Ukay Perdana.

Ketika ditahan jam 2 pagi, tujuh penguat kuasa Jais menemui Memey di tingkat bawah premis itu manakala Norman yang juga pelakon drama Gerak Khas ditemui di bahagian lain.

Mereka berpakaian lengkap ketika ditahan dan isteri Norman, Abbdy Abadi, 30, pula memaklumkan mahu suaminya itu menyelesaikan kes itu sebelum berbincang berkaitan hal perkahwinan mereka.


Sumber Harian Metro

2 comments:

afadhli said...

Kenapa sumber Jais yang enggan dikenali itu tidak ingin dikenali. Ini kira zalim la. Kena la telus.

Fifiey82 said...

dia cuma ingin menyatakan hukuman saja... bukan apa2... jika sabit itulah hukuman yg boleh dikenakan

Blog Archive

 

©2009 Welcome To My Life | by TNB