Sejuta Cinta

15 October 2008

Buluhmas lagik...


Halooo.... salamz... sebenonyer aku tekezut dgr berita ni... nasib baik tak invest bnyk... miji lah yg kesian... tp takper is masih dalam siasatan... kata miji dlm sms tadi "syrkt buluhmas aktif balik lepas 3 bulan siasatan (ianya bergantung), sbb bnyk syrkt IKS bergantung kepada buluhmas, tp dlm jangka masa 3 bulan pengambilan promoter dan pembayaran dibekukan sementara siasatan selesai...-UTUSAN-" lebih kurang mcm tulah sms miji td... risau dia tu... nasib baik dia newbie... kepada newbie2 kat buluhmas tu jgn risau kes ni masih dlm siasatan...

TANJUNG KARANG, Oct 14 (Bernama) -- Buluhmas Enterprise Sdn Bhd, an advertising agency being investigated by Bank Negara for illegal deposit-taking, is still operating as usual, says company secretary Abu Bakar Abu Hassan.

The media reported Tuesday that Bank Negara raided four companies -- Buluhmas, Jazmeen (M) Sdn Bhd, Noradz Travel & Services Sdn Bhd and Eastana Farm Industries Sdn Bhd -- for suspicion of being involved in get-rich-quick scheme by taking deposits without licence and investing illegally in Kuala Lumpur, Selangor and Negeri Sembilan.

Abu Bakar said a meeting was held here with promoters who came from as far as Pahang and Terengganu to explain the actual situation on Bank Negara's investigations into the company.

"Since the company is still under Bank Negara investigations, payment of wages to promoters and recruitment of new promoters have been deferred until investigations are concluded and a decision is made later," he told reporters at the company head office at Taman Raden Jaya here.

Meanwhile, a notice has been pasted on main door, which says "Attention: Payment and submission of forms have been deferred until informed via the website. Please take note."
-- BERNAMA

Bank Negara Malaysia Membuat Serbuan Terhadap Empat Buah Syarikat yang Disyaki Terlibat Dalam Kegiatan Pengambilan Deposit Secara Haram dan Pengubahan Wang Haram

Pada 13 Oktober 2008, Bank Negara Malaysia telah membuat serbuan terhadap Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd., dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank & Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001. Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana orang yang tidak mempunyai lesen daripada menerima, mengambil atau setuju menerima deposit, manakala Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 melarang mana-mana orang daripada terlibat atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat melakukan kegiatan pengubahan wang haram.

Serbuan telah dibuat di premis syarikat-syarikat tersebut di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat-syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Mana-mana orang atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25(1) BAFIA 1989 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Mana-mana orang atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim pelaburan yang dianjurkan melalui Internet, panggilan telefon, atau seminar oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan atau dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menerima deposit atau menjalankan urus niaga tukaran asing. Senarai semua institusi berlesen yang menerima deposit terdapat di laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.


2 comments:

kizari said...

eh..btul ke ni???sabr je la ye...kita tgu kptsan nye nnti..jgn cpt mengelabah ckp kt usu tu....bawk2 bersabar..

Anonymous said...

wakakakakakak.... nasib baik dia invest 2 ratus.... tp masih dlm siasatan kan... lom tau lagi... tp tu lah blom pulang modal lagik...

Blog Archive

 

©2009 Welcome To My Life | by TNB