Sejuta Cinta

18 October 2008

Konsert Mirza gegar Sabah

Helooo... salammmm.... aku masih kat cc ni... tak habis2 main The Sims... muehehhehe... erm berbalik kpd tajuk entry... ni aku nak kongsi skit... coz ada kaitan dgn family aku... Konsert ni sebenarnya untuk Open House MuzikFM dan kerjasama dengan Syarikat Mirza Gemilang... bapa aku dah ckp haritu pasal open house ni... ruginya aku x dpt nak join... yer lah dah balik KL... mesti adik aku 2 org tu bergumbira di hari itu... ya lah ada PakNil lagi yop... ramai artis datang...kenapa aku ckp ada kaitan dgn family aku.... sbb family aku diantara pelanggan Mirza ni... oklah ssh2 aku paste jer crita ni kan...

Oleh AQMAR ALLADAD

RUMAH Terbuka Aidilfitri Muzikfm-Gemilang Mirza bakal menggegarkan penduduk Papar, Sabah dengan kehadiran hampir 15 artis terkenal semata-mata untuk menghiburkan seluruh penduduk di sana.
Aktiviti yang boleh diumpamakan sebagai dua dalam satu itu, akan dimeriahkan seawal lapan pagi dengan pelancaran rumah terbuka terlebih dahulu kemudian diikuti pula dengan konsert pada sebelah malam.

Bakal berlangsung pada 18 Oktober ini, konsert sempena Pesta Keamatan bukan sahaja diserikan oleh artis-artis terpilih malah turut menghimpunkan seramai tujuh penyampai radio Muzikfm.
Pengawal Muzikfm, Datin Rosni Yusof memberitahu, pihaknya berbangga dapat melaksanakan konsert ini dengan kerjasama sebuah syarikat terkenal Gemilang Mirza yang sebenarnya mengadakan konsert tersebut dengan tujuan meraikan pelanggan mereka.

"Kita akan cuba dahulu tahun ini dengan mengadakan konsert sebegini dan sekiranya dilihat berjaya Muzikfm tidak menolak kemungkinan akan meneruskannya.

"Malah disebabkan peminat ataupun pendengar Muzikfm di Sabah juga boleh dikatakan cukup menghangatkan jadi kami merasakan tibalah masanya Muzikfm meraikan mereka" katanya pada sidang media baru-baru ini.
Antara artis yang bakal menggegarkan Dewan Baru Masyarakat Papar, Sabah ialah Mas Idayu, Nubhan AF6, Farawahida, Sheila Abdul, Fazli Zainal, Izwan Pilus, Aizat AF5, dan ramai lagi.

Yang pastinya juga, dengan gelekan Mas Idayu dan alunan suara penyanyi lain, konsert bertambah menyinar dengan kehadiran penghibur terkenal Aznil Nawawi selaku pengacara malam tersebut.

Jelas Rosni lagi, persembahan artis pada malam itu juga berkonsepkan Sambutan Aidilfitri. Malah sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur peminat di sana juga akan dihiburkan dengan sebuah mini showcase selama satu jam setengah.

"Ini merupakan permintaan peminat di sana untuk mengadakan persembahan secara kecil-kecilan. Jadi dengan merasakan tempoh selama satu jam setengah itu, saya rasa ia cukup memadai," ujarnya lagi.

Dijangkakan seramai 3,000 peminat akan membanjiri majlis itu dan sambutannya juga dikatakan hangat kerana iklan secara besar-besaran telah pun dilakukan lebih awal.

Lebih istimewa, bagi peminat yang tidak berkesempatan untuk berkunjung ke sana dan merasai sendiri kehebatan konsert itu nanti, Muzikfm tidak melupakan kerana akan merakamkan serta mengulang tayang konsert tersebut di televisyen.

"Kami tidak akan buat secara langsung kerana kosnya agak tinggi. Jadi elok sahaja rakamkan dahulu kemudian ditayangkan di televisyen tidak lama lagi," jelas Rosni



2 comments:

Fza blink2 said...

waa..bst nye..ade rmi arts...my nubhan pun de gk ek...hehehee

tp kn 'Mirza' 2 pe?

Fifiey82 said...

mirza tu company kat sabah...ni konsert join venture muzik fm dgn company mirza...company ni company pelaburan saham... mcm tu kot... hehu...

Blog Archive

 

©2009 Welcome To My Life | by TNB